Tuesday, May 11, 2010

Viva Palestin : Pengisian 1

Bab 4 : Pengisian 1

Jam menunjukkan pukul 7.20 petang, azan berkumandang. Orang ramai berpusu-pusu mengambil air sembahyang. Iman masih ada air sembahyang. Dia menghampiri ruang hadapan pentas yang telah mula terisi oleh akhawat-akhawat secara bersaf. Iman menoleh kebelakang.

“eh, tadi ada Kak Zack, mana dia??” timbul sedikit kerisauan.

Sejak dari petang tadi Iman dijaga seperti anak kecil oleh senior-seniornya, Kak Zack, Kak Ana, Kak Aisyah dan Kak Seha. Seronok juga sekali-sekala merasa dimanjai oleh kakak-kakak sefikrah dengannya itu. Selalunya Iman lebih suka berdikari, tetapi dalam keriuhan Stadium Bukit Malawati, dia tahu dia perlu sentiasa bersama dengan seniornya. Stadium itu juga agak besar dan jalan-jalannya agak mengelirukan.
Iman memandang suasana disekeliling. MasyaAllah, terlalu ramai orang sedang bersiap untuk menunaikan solat.

"Mungkin beginilah keadaannya di Mekah ketika musim haji.”

Tiba-tiba terdetik di hatinya kata-kata ibunya. Ibu Iman suka menceritakan peristiwa yang dihadapinya ketika dia di Mekah.

“kat mekah nanti, janganlah sibuk nak berjanji, nak jumpa kat sini la, nak jumpa kat situ la… janganlah sangat... Dekat sana, semua “plan-plan” manusia ni takkan menjadi. Mungkin sebab Allah nak tunjukkan kat hambaNya, plan-Dia lah yang pasti terjadi. Waktu tu banyak benda-benda yang tak disangka akan berlaku. Jadi lebih baik bertawakal je pada Allah…”

Betul juga. Pasti subconsciousnya lagi menyampaikan tazkirah dari Allah itu kepadanya. Iman menarik nafas panjang dan cuba untuk bertenang.

“Ya Allah, permudahkanlah urusanku sekiranya itu yang terbaik untukku pada saat ini..”

“Kak Zack pasti di kerusi belah kiri pentas, sebab akhawat kena duduk belah kiri, cuba lihat di kerusi di bahagian tingkat kedua itu” jelas subconscious

Maka Iman mengimbas sekali lalu bahagian tingkat kedua kerusi-kerusi di belah kiri pentas. Tak sampai satu minit… lega…

“Oh, tu dia… takpelah, lepas sembahyang nanti pergi duduk dengan Kak Zack”

Alhamdulillah… Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya yang berdoa kepadaNya.

***

Pada sebelah malam, perhimpunan perdana diisi dengan ucapan dari Wakil Pimpinan Palestin di Gaza, Syeikh Ziyad Al-Qishawi yang juga merupakan Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin dan juga ucapan dari Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Mr Hussain Oruc. (source: artikel: Konvoi Kemanusiaan Terbesar di Dunia :: Siri Bebaskan Al-Aqsa)

Mereka menyampaikan salam perjuangan dan terima kasih tidak terhingga dari rakyat Palestin kerana sanggup memberikan sumbangan dan doa di atas mala petaka yang dikenakan ke atas mereka selama ini. Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia menyumbang sebanyak RM 1.1 juta.

Iman membuat kiraan secara kasar.

“Rakyat Malaysia paling kurang ada dalam 25 juta orang, yang beragama islam pula lebih kurang 14 juta… RM 1.1 juta?” (source : from the internet)

Malu pula rasanya. Apalah sangat sumbangan wang ringgit dan doa yang disedekahkannya selama ini. Tetapi,  begitulah  hakikatnya mereka, bantuan rakyat Malaysia yang tidak seberapa itu, nilainya sangat besar bagi mereka. Apatah lagi disisi Allah? Tetapi mengapa masih sukar untuk manusia mengikhlaskan diri untuk membantu? Adakah mereka merasakan bahawa bantuan mereka yang kecil itu tidak akan memberikan hasil yang besar? Maklumlah, siapa pula yang akan merasa derma RM 1.00 boleh membebaskan Palestin keesokan harinya? Tetapi bukankah ganjaran terbesar itu dari Allah jua?

Namun, untuk merasa puas dengan sumbangan yang telah dilakukan juga bukanlah reaksi yang paling tepat. Biarlah rasa malu kerana merasakan bahawa sumbangan yang diberikan tidak pernah cukup daripada merasa bangga dan cukup dengan sumbangan sedikit itu, yang mungkin dilakukan sekali dua kerana adanya “musim” menderma Palestin. Perjuangan perlu diteruskan selagi Palestin belum bebas dan selagi roh muslim itu masih dikandung badan, dimana sahaja mereka berada dan pada setiap masa. Banyak pula perkara yang bermain difikiran Iman.

Iman mendengar dengan khusyuk. Rugilah jika peluang yang dia dapat kerana perngorbanan sahabatnya Masita itu disia-siakan sahaja. Semakin lama Iman mendengar ucapan yang diberikan, dia merasa semakin malu.

“Astagfirullahalazim… Sudah berapa lama kau tinggalkan isu Palestin ini Iman? Mengapa sedikit sangat yang kau tahu tentang misi yang mulia ini? Apakah sudah kau lupa saudara mu di Palestin? Barangkali mereka siang malam mengharapkan bantuan dan sokongan dari kau”
Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.

Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.


Walaupun malu kerana rendahnya pengetahuan tentang isu Palestin itu, Iman tidak dapat menahan dirinya daripada merasa bangga.

“MasyaAllah… Alhamdulillah… betul ke ni? Aku adalah sebahagian kecil daripada misi ini? Tak kisahlah walau 0.0000001% daripada semua ini, namun… Allahuakbar! Bersyukurnya aku berada disini, menjadi sebahagian daripada SEJARAH ISLAM!”

Ditatapnya lagi suasana Stadium Bukit Malawati itu dari setiap penjurunya. MasyaAllah, dalam seumur hidupnya, tidak pernah dia melihat umat islam seramai ini. Bukan sekadar umat islam yang datang untuk menumpang lalu sahaja, tetapi umat islam yang datang dengan satu hajat yang sama, satu semangat yang sama, mungkin jua, satu fikrah yang sama?


“MasyaAllah! Mengapa pernah kau lepaskan peluang ini sebelum ini sedangkan ketika itu tiada siapa yang perlu berkorban supaya kau dapat pergi” Iman teringat kisah yang terjadi beberapa minggu lepas. Dia telah memilih untuk pergi ke ward setelah mendapat berita di saat-saat akhir bahawa ada lagi ruang dalam kereta senior mereka jika dia ingin ke konsert Lifeline 4 Gaza lepas.

“sesungguhnya Allah menguji ketika itu… Mengapa aku lemah?”

“Mungkin kerana itulah hadirnya kamu disini. Peluang yang kedua… Bersyukurlah kamu kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk menjadi sebahagian dari sejarah islam ini…” dari tingkap Subconscious, mesej dari Allah.

“Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…”

Iman bersyukur kerana dibukakan matanya pada “peluang” dari Allah.

Peluang untuk mendapat hidayah, untuk bersabar, untuk bersyukur, untuk bertaubat, untuk berjihad, untuk menderma, untuk mendapat pahala, untuk mendapat keredhaan Allah, semua itu adalah peluang, dan peluang adalah petunjuk untuk mebawa hambaNya kepada kenikmatan dunia dan akhirat. Ya, petunjuk… Bukankah umat islam menyeru lebih 17 kali sehari:

اهدِنَــــ الصِّرَاطَ المُستَقِيمَا


Tunjukkanlah aku kepada jalan yang lurus…

Peringkat hidayah:

  • Hidayah tabie : hidayah semulajadi
  • Hidayah Pancaindera
  • Hidayah akal
  • Hidayah Islam
  • Hidayah Taufiq ~ Kemanisan iman…
Allah telah tunjukkan jalan yang lurus, hidayah. Setiap hari.. setiap masa… Apakah yang menjadi perbezaan penerimaan hidayah? Mengapa sering disebut “hidayah belum sampai lagi...”

Nauzubillah! Adakah hidayah belum sampai atau hati yang sengaja ditutupkan? Ditutupkan dengan maksiat, dengan perasaan bongkak, riak, mengumpat, zina, bersangka buruk ,sifat mazmumah dan apa sahaja jenis dan bentuk dosa!

Hidayah telah sampai kepada semua UMAT MANUSIA. Tetapi hanya pada kulit, mata, lidah, telinga, bukan terus ke hati. Hidayah itu pula tidak akan masuk sama sekali pada hati yang kotor.

Muhasabah diri…

Adakah Allah yang tidak menyampaikan hidayah atau adakah hati itu yang sendiri dikotori? Adakah Allah yang menentukan samaada kita akan mengotori hati itu atau adakah kita sendiri yang memilih untuk mengotorinya?


"demi jiwa dan penyempurnaan. maka Dia telah mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan.sungguh berUNTUNG orang yang MENYUCIKAN jiwa itu,dan sungguh RUGI orang yang MENGOTORINYA (Asy-Syams;8-10)"

Hidayah itu milik Allah. Allah yang menentukan penerimanya kerana Allah lebih tahu siapa yang benar-benar menginginkannya.

Alhamdulillah

Saya yakin jika sampai disini pembacaannya, pasti kita inginkan hidayah.

Inginkanlah hidayah dengan seikhlasnya, kerana itulah langkah pertama kepada sampainya hidayah kepada kita. Jangan sekali-kali dirisau samaada akan sampai atau tidak hidayah itu.

Percayalah, hidayah itu adalah terlalu dekat… di hujung kulit, di hujung telinga, di hujung mata, di hujung lidah…. Bukalah minda, terimalah islam secara “kaffah”, secara keselurunhannya. Yang akan menyampaikan hidayah itu adalah Allah, yang Maha Mengasihani, Maha Menyayangi, Maha Pemurah, Maha Kaya… tidak logiklah sekiranya kita fikir Allah tidak ingin memberi hidayah pada hambaNya yang benar-benar ikhlas menginginkannya bukan…?

Wallahualam…

>>>> Alhamdulillah, ilham daripada usrah pada 10 Mei dengan pengisian tentang “Hidayah”, bersama Kak Jirah dan ahli-ahli usrah sekalian”
Bersambung…

No comments: