Monday, April 11, 2011

Misi yang Gagal


Berdirinya aku disitu, dengan semangat yg mmbara,dgn hati yakin,tapi....dengan ilmu yg tipis sekali. Aku redah jua, kerna ku sangka, apa yg benar, pasti kan mmbuahkan hasil yg baik. Namun bukan begitu. Pada setiap perjuangan, pasti ada halangannya. Aku lupa... Bahkan berbekalkan ilmu dan persiapan perang yang sedikit, Allah menetapkan pejuang yg lemah ini terus meredah medan perang dengan berani. Tiba-tiba aku terperangkap, tersepit, teranaya dan menganyai orang lain. Aku tertangkap...

Di dalam penjara, aku duduk sendirian, mengenangkan nasibku yang malang. Tatkala aku mula merasa benci pada diri ku sendiri, teringat aku pada pesan Jeneral yang menugaskan aku utk misi ini. "Manusia mmg sifatnya begitu, cuba lihat dalam surah Al-Fajr (surah kegemaranku) Allah berfirman, "manusia apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan mmberinya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhanku telah memuliakan ku", namun apabila Tuhan mengujinya lalu berkata, "Tuhanku telah menghinaku"

Apakah aku juga begitu? Astagfirullah.. Berbisik lagi, "bukanlah Allah yg menghinakan ku, tapi akulah yg menghinakan diri ku sendiri kiranya aku kalah dlm peperangan hati ku sendiri". Aku tahu apa yang aku lakukan ini betul, mungkin caranya salah namun apa yg benar tetap benar. 

Sesekali, hati ini terdetik. Memikirkan tentang misi yang gagal ini. Hati tertanya-tanya, dimana panglima-penglima perang yang selalunya disisiku tika bertempur dlm medan perang. Disebabkan sikap gopohku, mereka hanya mampu melihat aku dari belakang, begitu bodoh meredah medan perang tanpa sebarang strategi. Bingung, apa yang patut dilakukan?  Ketika itu aku masih lagi memandang kebelakang. "mengapa kalian disana? marilah kesini, bukankah ini satu perjuangan?" teriak ku sekuat hati. Aku yakin mereka mendengarnya, namun, patutkah mereka meredah jua medan peperangan itu sedangkan strategi belum disusun rapi? Sudah tentu kita akan kalah. Maka, adakah lebih patut untuk dibiarkan sahaja aku seorang bertempur disitu? Aku sendiri tak pasti, apakah jawapan yang betul disini. Terpulang pada mereka dan pandangan mereka sendiri, aku tidak berani mengatakan bahwa aku yg betul atau mereka yg salah. Mgkin keduanya betul, mungkin juga keduanya salah...

"Jika kalian ingin menghukum,hukumlah aku sahaja, aku yg memulakan pemberontakan ini dan aku jualah yg akan perbaiki kerosakan yg telah terjadi, janganlah ada seorang pun turut merasa bahang hukuman ini,kerna bukanlah mereka yg memulakannya.". 

Asalnya perang kebathilan, namun yang terjadi adalah perang saudara. Aku tak sanggup lagi. Peluru yang kulepaskan rupanya terkena pada saudara-saudara ku yang sebelum ini jua telah lama berkecimpung dalam bidang ketenteraan. "Saudaraku, aku tidak mahu persengketaan. Jika ini adalah salahku, maka maafkanlah aku...tapi sebenarnya...." diam.... Sekadar mampu terdiam. Perang yang sebenar, penggabungan ketenteraan, utk melawan musuh yg sebenar tak kesampaian. Jika aku terus berdegil utk merealisasikan misi ini, aku pasti kan mencetuskan pertumpahan darah. Cukuplah sekadar luka-luka yang mungkin masih mampu diubati.

"Jeneral, maafkan aku. Aku telah mengagalkan misi ini kerana kegopohanku sendiri. Aku tak punya strategi dan bilangan yang ingin turut serta dalam perjuangan ini terlalu sedikit. Barangkali bukan masanya utk aku meneruskan misi ini. Tapi aku yakin Jeneral, keadilan pasti kan tertegak satu hari nanti. Aku akan tetap dengan pendirianku. Yang benar tetap benar..."

Tatkala kepulanganku, aku merasa seperti kambing hitam yang hodoh, tapi sehitam-hitam kambing yg hodoh ini paling kurang, aku telah mempelajari sesuatu dan aku juga telah mendapat satu pengalaman yg berharga. Aku tidak kesali apa yang terjadi, yang ku kesali adalah kalahnya aku dalam pertarungan dgn syaitan utk menahan amarah tatkala diuji, yang kukesali adalah luka-luka mereka yg telah kusakiti. Jauh disudut hati yg hampa ini, aku masih mencari sinar bukti kasih Ilahi. Mudah-mudahan Allah temukan juga aku pada perisai yg akan melindungi aku dari tercalarnya rasa izzah menjadi seorang muslim dan seorang pejuang di jalanNya.

>kepada mereka yg tidak berpuas hati dgn pos ini, anda boleh menyangkal sepuas hati,tapi jangan kecik ati kalau tidak dipublish.This is my personal space, i say what i want to say. dan sy ingatkan lagi sekali, hanya pengecut yg akan gunakan Anonymous. so jangan jadi pengecut<

Wednesday, April 6, 2011

Saturday, March 26, 2011

Bengkel "Creating Arts" 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya dipermudahkan utk buat bengkel CA yg kedua...Doakan berjaya...

CAIYOK!!

Thursday, March 24, 2011

Monday, March 14, 2011

Tentang Tsunami

"Japan Quake"









2012 movie.its a total bogus, there is no way kta dapat lari dari kiamat, tapi apa yang saya suka tentang cerita ni ialah bagaimana dia menggambarkan ketakutan manusia ketika ini, ketika itu mereka sanggup mengkhianati satu sama lain untuk selamat. Kiamat sebenar nanti, jangan kata mengkhianati, ibu pun lari tinggalkan baby... punya la takut...


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah tentang tsunami. Dijangkakan kematian mungkin lebih dari 300 orang. Tsunami yang berlaku di acheh pada tahun 2005, meragut lebih 31000 nyawa! Apa yang sedang berlaku? Apa yang Allah ingin sampaikan pada kita semua? Tidakkah kita sedar lagi? Bangunlah dari tidur wahai sahabat-sahabat sekalian. Nikmat senang, aman dan sihat ini kurniaan Allah bila-bila saja Allah boleh mengambilnya kembali.

Kisah seorang yang saya kenali. Dia adalah seorang yang biasa dari sekolah biasa yang datang dari keluarga biasa. Ketika tsunami 2005 melanda, ibunya sering memberitahu dirinya… “tsunami kali ni besar, mereka menganggar mungkin seluruh Malaysia juga akan punah, kita takkan terkecuali.”. Tanpa menyedari kata-kata ibunya itu hanyalah kata-kata untuk beri kesedaran, bukanlah atas dasar kajian atau ramalan, beliau mempercayainya 100%. Bayangkan ketika itu seolah-olah, inilah pengakhiran hidupnya, sedangkan selama ini dia jarang sekali solat cukup 5 waktu, sudah bertahun tak menyentuh Quran, malah baca pun tak reti, tidak menutup aurat denga sempurna dan banyak lagi dosa-dosa kemungkaran. Kesedaran ini mendorongnya untuk bertaubat. Setelah reda isu tsunami, dia terus istiqamah dengan kebaikannya kerana merasakan kemanisan hidup dalam Islam itu sendiri. Alhamdulillah hingga hari ini beliau aktif dalam arena dakwah.

Hidayah itu milik Allah bukan?

Memang betul, tapi kita diberi pilihan dalam memilih jalan menuju kebaikan atau kemungkaran. Kita takkan dapat tahu samaada pengakhiran hidup kita ini samaada dalam keadaan diredahi atau keadaan ingkar. Maka perlulah kita berusaha dalam mencari redha Allah dan sentiasa berdoa agar kita termasuk dalam golongan orang yang Allah redhai dan Allah ingin masukkan kita kedalam syurganya. Soal qada dan qadar ini adalah satu subjek yang sukar kita fahami, cukuplah sekadar kita imani bahawa walau apapun terjadi, kita sentiasa diberi pilihan kepada 2 jalan, iaitu jalan kemunkaran atau jalan ketaqwaan.


Janganlah kita lupa juga, bila satu pihak ditimpa bencana maka peluang bagi satu lagi pihak dalam menghulurkan bantuan... Kita rasa selamat,tapi jika perkara sebegini terjadi pada kita, siapakah yg dpt memberikan bantuan.. Marilah kita sama-sama tunjuk keprihatinan kita kepada mereka

we share
we care

we share your pain
we care for your rebirth
as we share the same earth

(^_^)

Thursday, February 17, 2011

Apa Dalam Hati, Zahir Dalam "fb"

Anda adalah apa status anda

Sudah berulang kali saya buat status di facebook “mind your status”, “jangan letak status mengarut dan bersifat personal”, “jangan gunakan status facebook sebagai tempat untuk mengutuk atau menghina orang lain”, “jangan merosakkan minda orang lain dengan status teruk anda”…. Lebih kurang macam tu lah… saya pernah “berkabung” dengan tidak menyentuh butang “home” selama beberapa bulan kerana kesal yang teramat sangat dengan keadaan status-status di fb. Sekarang ini pun, saya jarang sekali tekan butang “home”. Tapi sekarang ni, bile Yahoo.mail dah sambung dengan fb, tak dapat elak pulak dari TER-baca status di fb. Kadang-kadang tu tension jugaklah…

Lah? Kenapa sampai begitu sekali? Mana taknya? Apa yang ada di status anda, itulah apa yang bermain dalam kotak minda anda yang kecil itu! Jadi, jika anda terus meletakkan status yang bersifat “kecil” maka ketahuilah, kecillah minda anda, dan jika minda kecil maka hati itu pun kecil. Apa yang dikatakan dengan ‘hati yang kecil’. Orang yang hati kecil ini adalah orang yang cukup sensitive, pemarah, tak boleh ditegur, berfikiran sempit, tidak mahu membangun dan bermacam-macam lagilah! Sebagai daie, Nauzubillah, kita cuba sedaya upaya jangan menjadi orang yang berhati kecil. Daie, perlu berhati BESAR. Orang yang berhati besar, mereka sering melihat setiap situasi dari bird’s eye view, dan view yang paling besar sekali adalah apabila mereka melihat setiap situasi itu dari pandangan akhirat. Itulah daie, orang-orang yang berjiwa besar, yang banyak mengingati Allah dan banyak mengingati mati. Hatinya tiada masa untuk memikirkan hal-hal kecil tentang perasaan.



Jadilah orang yang berhati besar, yang hatinya tidak mudah renyuk hanya disebabkan hal remeh temeh. Selagi umat islam masih lagi berhati kecil, selagi para daie itu sendiri masih berhati kecil, Islam tidak mungkin akan dapat tegak  di muka bumi. Mengapa? Kerana hati mereka yang begitu ‘kaya dengan perasaan’ cukup mudah untuk teralih dengan hal remeh temeh. Jika hati kita besar, kita akan mampu menampung segala perasaan yang tak sepatutnya dan membuat keputusan berdasarkan keperluan dan hukumnya bukan atas sebab perasaan semata-mata.

Manusia pada zaman kita ini kaya…. Kaya dengan perasaan. Bila kaya dengan perasaan, perasaan sering mengaburkan mata hati kita kepada apa yang lebih penting. Kita sering membuat keputusan berdasarkan perasaan berbanding dengan apa yang sepatutnya. Apakah aula kita atau prioriti kita sebagai hamba Allah, dan sebagai daie? kepentingan ummah seharunsya melebihi kepentingan sendiri.

STATUS SEORANG DAIE?

Bercakap tentang status lagi sekali, saya ingin mengingatkan buat kali keberapa entah, please mind your status, lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang daie. Kita fikir, alah, “status je, apa nak kecoh?” Sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian, perkara yang kecil itulah personaliti kita. Perkara BESAR yang kita buat dalam hidup kita, pencapaian kita, kejayaan kita,dan kebanyakkan perkara baik yang kita lakukan selalunya semua itu berlaku atas dasar usaha,  mungkin juga kerana galakkan atau persekitaran. Apa yang kita selalu zahirkan tanpa ada influence dari mana-mana pihak itulah personality kita. Selalunya, benda remeh temeh inilah yang menjadi indicator kepada siapa diri kita sebenarnya. 

Kita dilihat seperti seorang yang bijak, menjaga maruah, bersopan santun, namun jika status kita tiba-tiba menzahirkan kebencian, rungutan, sesalan dan sebagainya, nampak sangat bahawa kita selama ini hanya seorang yang hipokrit! Kita jarang dapat menipu diri kita bila di facebook. Saya tak tahu mengapa, tapi itulah hakikatnya, bila manusia diberi peluang untuk mendapat perhatian dalam pada masa yang sama merasa selamat dari dilihat secara fizikal, mereka cenderung untuk “jadi diri sendiri” dan menzahirkan siapa diri mereka sebenarnya. Hati-hati! Kita mungkin bukanlah seorang yang sempurna, dan ya, mungkin dalam diri kita ada sifat-sifat yang terpesong dari 10 muwosoffat tarbiyyah, namun saya mintak, tolong tolong tolong tolongLAH jangan zahirkannya, demi kebaikan ISLAM, tolong jangan zahirkannya! Kita adalah para duat, yang tugas utamanya menjaga kesucian Islam. Kita adalah cerminan agama kita, maka jadilah seorang yang bijak! Jangan sampai kita dilihat SAMA SAHAJA seperti mereka yang tidak faham tentang Islam!

  • Jika sakit hati pada orang lain jangan letak di status, samaada tegur secara personal, atau berlapang dada
  • Jika kecewa hari ini jangan letak pada status kekecewaan, letaklah nasihat dan kata-kata semangat
  • Jika ingin menegur 1 orang yang membuat kesilapan pada diri anda, jangan menegur di status, tegurlah secara terus, keadaan ini hanya akan menyakitkan hati orang yang ditegur, bukannya memberi keinsafan. Kebarangkalian untuk orang lain salah faham juga tinggi
  • Jika tak tahu nak letak apa di status, jangan letak perkataan seperti “bosannya hari ni” “taktau nak buat apa” dan sebagainya, letaklah ayat Quran


KENAPA NAK SERIUS SANGAT NI?

Saya pernah dengar cerita (tak pasti kesahihannya) yang fb ne dipantau oleh Israel untuk membaca apa fikiran umat Islam. Jadi kalau betul,sekarang ini, mereka pasti rasa bangga atas kejayaan Ghuzwatul Fikr mereka yang telah sekian lama berleluasa. Walau tiada pihak yang sibuk memantau pun, ketahuilah Allah Maha Melihat. Setiap yang kita zahirkan di status kita, apakah implikasinya pada Islam? Bukankah beratus-ratus orang membaca status kita? Jika kita berjaya membawa kebaikan pada status kita, itu kita akan dapat share pahala, dan jika kita menzahirkan keburukan, kita akan mendapat dosa. Perkara yang mudah, dan perkara yang kita sudah sedia maklum, tapi mengapa masih lagi ada yang mudah benar tertipu dengan bisikan syaitan dan masih lagi menzahirkan status yang langsung tak membangunkan orang lain?

 Mesti anda rasa, hek eleh, kecoh giler minah ne, status fb pun nak buat jadi isu. Bukan apa, langkah untuk merubah diri kita bermula dari hati kita. Jika benda remeh seperti status di fb pun masih lagi tak boleh ubah, macamana nak ubah benda lain? Apa dalam hati kita, itulah yang kita zahirkan secara spontan, dan jika apa dalam hati kita tu hanya kisah tentang diri kita, nampak sangatlah kita ni orang yang berhati kecil, nampak masalah diri je, masalah orang lain tak pernah fikir, masalah ummah tak pernah fikir. Sebelum renew status, ingatlah!

setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Jadi, perbetulkan niat, ingat tujuan utama kita sebagai seorang muslim dan gunakanlah apa sahaja yang ada di sekeliling kita sebagai wasilah untuk kita berdakwah. Mudah-mudahan kita menjadi qudwah hasanah kepada orang lain. Janganlah kita pula menjadi pembawa keburukan dalam masa yang sama mencemarkan imej islam itu sendiri. Janganlah kerana ingin mengikut trend atau ingin mendapat perhatian, suka orang “like” atau comment.


Monday, February 14, 2011

Erickson’s Psycosocial Stage Of Tarbiyyah Cont… WHAT TO EXPECT?


Ana sangat berminat untuk terus mengupas tentang stage seterusnya dalam Erickson’s Psychosocial Stage kerana sebelum ini mungkin kita cerita lebih kepada apa yang telah dan seharusnya kita lalui, tapi sekarang, kita bercakap tentang apa yang perlu  kita expect dan kita perlu ada untuk terus menjadi matang di jalan tarbiyah (bukan sekadar menjadi tua sahaja ye)
Recap balik:
  • Stage 1: Trust vs Mistrust
Murabbi menyampaikan pada mutarabbi rasa “harapan” pada murabbi tersebut, pada usrah itu sendiri dan pastinya pada Allah bahawa kita semua ingin dan mampu berubah. Memberi lebih banyak input +ve dari -ve. Memperbetulkan mindset mereka ketika stage ini sangat penting sebab ini adalah waktu2 kritikal.
  • Stage 2: Autonomy vs Shame & Doubt
Mutarabbi merasakan mereka ada hak pada usrah dan ada rasa kesungguhan. Murabbi perlu menjadi penyokong utama dan jangan terlalu kritis
  • Stage 3: Initiative vs Guilt
Mutarabbi mula menunjukkan inisiatif, mula mengemukakan pendapat cadangan, banyak bertanya, menunjuk minat dan mula merasa ada “tujuan” di dalam usrah. Komitmen jelas.
  • Stage 4 : Industry vs Inferiority
Mutarabbi sudah mula berkerja untuk dakwah dalam keadaan mereka masih lagi dipimpin oleh murabbi. Mereka mula menjadi seorang yang kompeten untuk kerja dakwah


Untuk mengupas stage seterusnya, ana suka membincangkan bahagian favorable outcome lebihnya. Sebab bila difikir logik, kalau mereka mendapat unfavourable outcome, boleh jadi sudah lama mereka meninggalkan tarbiyyah. Bezanya, mungkin mutarabbi lambat sikit sampai kepada stage yang tinggi2. Dan kiranya mereka tak sempat sampai paling kurang pun pada stage 5 sebelum mereka grad dan tidak lagi bergelar Mahasisiwa kemungkinan besar mereka akan keciciran.(ini pendapat ana sahaja ye, tiada kajian dilakukan)
Mengapa ana rasa kena sampai stage 5 baru kita boleh kata “safe zone”? Mari kita lihat…

Stage 5: Identity vs Role Confusion

“young adults attempt to develop identity and ideas about strengths, weaknesses, goals, occupations, …..”

Pada stage ini, mutarabbi mula sedar peranan mereka sebagai seorang daie. Mereka mula merasakan bahawa, ya, inilah jalan yang akan ku lalui sepanjang hidupku. Tanpa adanya rasa ini, mereka masih belum boleh mengaku bahwa mereka adalah daie. Kita melihat trend, kalau dah kata daie tu selalunya yang bawa usrah je. Hakikatnya, ada diantara mutarabbi-mutarabbi kita yang sebenarnya mencapai stage ini lebih awal dari yang kita sangkakan. Pada ketika itu mungkin mereka tak bawak usrah lagi sedangkan hati mereka sangat menginginkannya. Malah ana sendiri kenal seorang ukhti disini yang pada pendapat ana sudah ada “indentiti” dan beliau nak sangat bawa usrah. Tapi sayangnya tidak diberi peluang. Nak menekankan, kita perlu pandai mengenal mereka yang sudah mula establish indentiti dan berikan pada mereka peluang yang patut kepada mereka. Jika kita gagal mengenal pasti, mereka yang pada awalnya rasa ada identity, tapi kerana kita lambat sangat nak kenal, mereka merasakan “kenapa? Tak layak lagi ke aku ni??”

 Perkara ini boleh secara langsungnya, bukan sekadar merugikan dakwah kampus, malah membuatkan mereka mengalami “role confusion”. Rasanya macam dah boleh, tapi kenapa orang macam tak yakin pada kita? Kita doa banyak-banyak, jika ada diantara mutarabbi kita yang melalui fasa “role confusion” ini kerana kegagalan kita mengenal pasti potensi mereka, kita doa agar Allah sahaja yang menetapkan hati mereka. Barangkali itu adalah ujian untuk mereka juga agar berusaha dengan lebih lagi.

Jika mutarabbi sampai pada stage ini, Alhamdulillah, insyaAllah tiada kerisauan kepada murabbi. Pada stage ini seharusnya mutarabbi sudah tahu “aula” dalam pembahagian masa, mereka sanggup berkorban untuk tarbiyyah dan kerja dakwah dan mereka menjadi orang yang taat. Ini kerana mereka sudah cukup jelas, siapa mereka, yakni seorang daie, dimana sehaja mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja. Dan sepatutnya mereka sudah layak menjadi murabbi sendiri. Mereka juga mampu ‘masuk’ dengan orang lain walaupun orang tu bukan dalam tarbiyyah tanpa mereka ter-ikut-ikut dengan kerana kuatnya rasa indentiti ini.

“if they resolve this crisis, they develop fidelity, "the ability to sustain loyalties freely pledged in spite of the inevitable contradictions of value systems" (can be friends with very different people)”

Jika mereka belum juga membina identity, maka…

“if they fail to resolve the crisis, they develop identity diffusion; their sense of self is unstable and threatened; ….”

Stage 6: Intimacy vs Isolation

“It is based in part upon identity development, in that you have to know yourself to share it.”
Setelah seorang ikhwah/akhawat itu sudah cukup faham bahawa mereka adalah daie yang seluruh hidupnya adalah untuk dakwah, maka tak hairanlah selepas mereka ada rasa identity, mereka mula mencari pasangan seumur hidup yang memegang identity yang sama. Bahasa mudahnya, mereka sudah mula bersedia untuk berBaitul Muslim

Mungkin ada nak tafsir, intimacy disini adalah intimacy dengan Allah. Tapi pada pendapat ana, ini seharusnya dari mula sudah terbina. Logic bukan? kiranya seorang daie yang matang akan mula memikirkan tentang baitul muslim yang juga merupakan salah satu tingktatan dalam 7 muratib amal 


Bezanya, kiranya identity yang terbentuk sebelumnya adalah seorang daie, maka pasangan yang dicarinya juga pastinya merupakan seorang daie, dimana orang itu diyakini mampu mengukuhkan lagi identiti dirinya. Mereka akan mancari pasangan hidup yang mereka rasakan dapat menetapkan lagi mereka dalam aliran tarbiyyah. Jika mereka sudah ada pasangan hidup sebelum mencapai peringkat ini, mereka akan berusaha sedaya upaya dalam memastikan pasangan hidupnya juga ditarbiyyahkan. (wah, tafsiran sudah menjadi semakin serius)

Pada tahap ini jika favourable outcome tidak dicapai juga, kebarangkalian mereka keciciran itu tersangatlah tinggi. Tambahan pula keperluan untuk berkahwin itu adalah pasti bagi semua orang namun tanpa adanya identity, sejurus selepas perkahwinan pastinya mereka akan disibukkan dengan hal keluarga dan agak sukar bagi mereka untuk terus ikhlas untuk memberikan komitmen.

Stage 7: Generativity vs Stagnation

“if you have a strong sense of creativity, success, and of having "made a mark" you develop generativity, and are concerned with the next generation; the virtue is called care, and represents connection to generations to come, and a love given without expectations of a specific return”

MasyaAllah, bukankah begitu tepat sekali?! Apa yang ana perhatikan pada makcik-makcik, pakcik-pakcik, ikhwah akhawat (yang lebih senior dari kami) yang pastinya sedang melalui fasa ini, mereka melakukan banyak sumbangan untuk dakwah (generativity). Inilah selama ini fungsi dakwah kampus, iaitu menghasilkan orang-orang yang mampu berkhidmat untuk kerja dakwah dan menjalankan dakwah selepas “era pelajar” mereka. Tambahan lagi mereka juga ada rasa “concern to generations to come”. Mereka sendiri mendidik anak-anak untuk turut bersama dalam tarbiyyah dan banyak mendekati anak muda dalam usaha memantapkan aktiviti dakwah. (ana mula merasakan Erickson ne dulu de pun ada tarbiyyah kot…hehe)

Ana tak perlu bincang unfavourable outcome memandangkan mungkin tak sempat sampai kut tahap ni. Tapi pendek kata, mereka yang sudah meninggalkan jalan dakwah ini, mereka akan terus stagnant… apa yang dimaksudkan dengan stagnant disini?

“Self-absorbed, feel little connection to others, and generally offer little to society; too much stagnation can lead to rejectivity and a failure to feel any sense of meaning (the unresolved mid-life crises), and too much generativity leads to overextension (someone who has no time for themselves because they are so busy)”

Pendek kata, mereka menjadi masyarakat biasa yang tidak lagi faham tentang dakwah dan tarbiyyah.

Stage 8: Ego Integrity vs Despair

Alhamdulillah sudah sampai pada stage terakhir… (penat ye baca panjang2?)

Apa yang dikatakan dengan ego integrity? Macam tak baik je bunyinya, ego ego ne…

“this entails facing the ending of life, and accepting successes and failures, ageing, and loss. People develop ego integrity and accept their lives if they succeed, and develop a sense of wisdom a "detached concern with life itself in the face of death itself”

Ini adalah fasa yang memang dah lewat benar ni. Memang fasa sebelum meninggalkan alam dunia. Tapi point yang boleh diambil disini adalah, mereka tidak merasakan penyesalan dalam hidup mereka, pasti, ana yakin, semua pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang sudah sekian lama membanting tulang untuk dakwah, pasti merasa kemanisan ini. Dan mereka rasa cukup bersedia untuk bertemu dengan PenciptaNya. Dalam masa yang sama mereka juga punya “wisdom”, iaitu kebijaksanaan hasil dari pengalaman mereka yang panjang. Jadi mereka inilah orang yang kita nak berguru dengan ni.

Atau jika saya ingin tafsir lagi tinggi, “detached concern with life itself in the face of death itself” mungkin merujuk kepada keinginan yang serius untuk syahid! Mereka yang sudah sekian lama di jalan dakwah, hatinya terlalu cinta pada Allah, anak-anak dan isteri/suaminya juga sudah memahaminya dan mereka sungguh bersedia untuk berkorban, dan meninggalkan dunia ini dalam keadaan paling suci, paling bahagia dan paling mulia sekali.

Sebaliknya, orang yang tidak berada pada jalan dakwah ini, pada pengakhiran hidupnya, boleh jadi mereka akan merasakan kekosongan dan penyesalan. Mereka ingin benar kiranya dulu mereka menggunkan masa mereka untuk kebaikan, tapi pada saat umur yang sudah senja, mereka juga sudah hilang kekuatan fizikal dan juga mental (mungkin) untuk bersemangat dalam berbuat kebaikan.

“those who do not attain favorable outcome will feel a sense of despair and dread their death; it's too late to change their lives. Too much wisdom leads to presumption, too much despair to a disdain for life”

Wallahualam….

Sungguh ana merasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk mengupas tentang falsafah ini (walaupun takde sapa pun suruh, macam syok sendiri pun ada). Yang pasti, dalam coretan ini ana mula nampak,
  • dimana silap ana sebelum ini,
  • apa yang seharusnya ana lakukan sekarang ini sebagai seorang murabbi,
  • apa yang sedang berlaku pada mutarabbi ana sekarang ini sekarang ini dan langkah memastikan dapat favourable outcome,
  • apa yang ana pernah lalui sebelum ini dan impaknya pada diri ana sendiri
  • dan yang paling penting sekali, apa yang bakal dan patut ana lalui selepas ini.

InsyaAllah, mari kita sama-sama meletakkan seluruh pengharapan kita pada Allah yang Maha Menentukan, kita mohon agar kita semua menjadi orang yang akan terus mencapai favourable outcome sepanjang hidup kita sebagai seorang pendakwah.

Demi jiwa dan penyempurnaan (ciptaan)Nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya
(Asy-Syams, 91:7-9)

Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. 
(At-Takwiir 81:27-29)

Tuesday, February 8, 2011

Erickson's Psychosocial Stages of Development dan Tarbiyyah?

Assalamualaikum

Semalam, ana dan rakan-rakan ana berbincang tentang soalan past year Psychiatry, dan kami bincang tentang Erickson's theory of Psychosocial stages of Development. Menariknya, keesokan paginya, tiba-tiba terlintas di hati, "eh, teori ne sebenarnya boleh apply dalam pembangunan tarbiyyah". Teori Erickson menerangkan tentang pembesaran kendiri bermula dari bayi lagi sampai la tua. Ada 8 stage dalam teori ni, diringkaskan:


menurut Erickson, jika pada stage yang tertentu, seseorang itu dapat melepasi "crisis" dengan baik, beliau dapat mencapai "favourable outcome" dan kiranya crisis itu tidak dihandle dengan baik, maka dia akan mendapat"unfavourable outcome". Apa yang menarik adalah, dalam explanation teori ini, terutamanya ketika di stage "childhood", ibu bapa dikatakan memainkan "main role" dalam memastikan anaknya mencapai favorable outcome. Apa yang dapat ana kaitkan, peranan ibu bapa itu serupa juga dengan peranan murabbi, kepada mutarabbinya. Tak caya? Kita go through...

Stage 1 : trust vs mistrust

Dalam stage ne, dikatakan “the child develops basic trust and realizes that people are dependable and the world can be a safe place. The child develops a sense of hope and confidence; this is a belief that things will work out well in the end”. maka pada permulaan usrah itu, seorang murabbi perlulah menerapkan kepada mutarabbinya bahawa bahawa mereka adalah orang yang mutarabbinya boleh harapkan, dan memberi mereka hope bahawa mereka boleh berubah atau harapan untuk mencapai sesuatu dari usrah ini. HOPE itu sangat penting untuk betul-betul diterapkan supaya mereka compliant untuk datang next usrah kita.

Dikatakan juga "when the parents fail to provide these things, the child develops basic mistrust, resulting in depression, withdrawal, and maybe even paranoia”. Rasanya kalau first day usrah kita terus suruh dia be independent dan mula menjalankan kerja dakwah, tak terkejut dia? Dan menyebabkan perasaan tertekan, withdraw dan paranoid (untuk datang usrah lagi)

Stage 2 :autonomy Vs Shame

“if parents guide children gradually and firmly, praise and accept attempts to be independent, autonomy develops. The result will be a sense of will which helps us accomplish and build self-esteem as children and adults”

Kata ana pula, jika seorang murabbi berjaya mendidik mutarabbinya dengan dorongan positif, pujian dan menerima inisiatif mereka untuk berdikari maka mereka akan rasa ada autonomi di dalam suasana usrah tersebut, mereka merasakan mereka punya hak untuk bercakap, untuk beri pendapat dan ini akan memberikan rasa “will” atau kesungguhan. Dengan itu mereka juga membina self esteem atau keyakinan diri.

Sebaliknya: “if parents are too permissive, harsh, or demanding, the child can feel defeated, and experience extreme shame and doubt, and grow up to engage in neurotic attempts to regain feelings of control, power, and competency. This may take the form of obsessive behavior; if you follow all rules exactly then you will never be ashamed again. If the child is given no limits or guidance, the child can fail to gain any shame or doubt and be impulsive. Some is good, as it causes us to question the outcomes of our actions, and consider others' well-being. This may also result in Avoidance; if you never allow yourself to be close to others, they can never make you feel ashamed”

Pendek kata, jangan berkasar pada peringkat awal atau terlalu mengharap, mereka boleh jadi akan merasa “defeated”, malu dan ragu-ragu. Lebih teruk lagi sekiranya merek menginginkan autonomi tapi tak dapat, maka mereka mula berbuat perkara yang menjadikan mereka obsessive. Contoh yang diberi diatas "if you follow all rules exactly then you will never be ashamed again." Jadi kita taknak mereka stress-stress sangat. 

Stage 3 : Initiative vs Guilt

“if parents are understanding and supportive of a child's efforts to show initiative, the child develops purpose, and sets goals and acts in ways to reach them”

Alhamdulillah! Tak perlu ana explain lagi! Kalau mereka mula menunjukkan inisiatif maka SUPPORT MEREKA supaya mereka ada rasa PURPOSE… (oh~~ana sangat tersentuh disini)

Dan sebaliknya…. “if children are punished for attempts to show initiative, they are likely to develop a sense of guilt, which in excess can lead to inhibition. Too much purpose and no guilt can lead to ruthlessness; the person may achieve their goals without caring who they step on in the process”

Jika kita terlalu kritikal maka mereka yang sepatutnya ingin develop purpose akhirnya merasa bersalah, menyebabkan “inhibition”. Dan jika mereka masih mencari purpose dan benar-benar ingin membuat inisiatif, dan masih tidak menjumpai caranya (sebab mutarabbi gagal memberi sokongan) , jadi terlalu banyak perkara yang mereka rasa mereka perlu buat sampaikan mereka jadi “kurang ajar” sikit, mungkin sebab tak pasti cara terbaik untuk handle situation.

Stage 4 :Industry vs Guilt

Pada stage ini mereka mula belajar untuk memikul tanggungjawab dan mula “berkerja” untuk jalan dakwah (cewaah…). Masalahnya: “if caretakers do not support the child, feelings of inferiority are likely to develop. Too much inferiority, and inertia or helplessness occurs (underachievers). Too much competency and the child becomes an adult too fast, and develops either into a Histrionic or Shallow person if caretakers do not support the child, feelings of inferiority are likely to develop. 

Pada stage ini kena banyak assess mereka, support, tapi jangan mereka terlebih sampai menjadi seorang yang Histrionic (berlagak bagus sebab nak dapat perhatian) ataupun shallow (superficial je, tapi penghayatan sebenar tu takde).

Ada lagi 4 stage
  • Stage 5: Identity vs Role Confusion
  • Stage 6 : Intimacy vs Isolation
  • Stage 7 : Generativity vs Stagnation
  • Stage 8 : Ego Integrity vs Despair

Buat masa ni ana taknak cerita tentang stage yang berikutnya, memandangkan ana sendiri merasakan, dalam proses tarbiyyah ini, ana sendiri belum sampai stage yang tinggi-tinggi tu. Tapi insyaAllah, ana sangat berminat untuk mengupas lebih lagi… (sukati je)

Persoalannya, dimana kita pada stage2 ini, adakah kita mencapai favorable outcome dalam pembangunan tarbiyyah, atau adakah kita mengalami unfavorable outcome? Dan bagaimana pula mutarabbi kita, adakah mereka mencapai favorable outcome, dan sudahkah kita menjalankan tanggunggjawab kita sebagai MURABBI?

Jzkk pada yang sudi membaca, asif ye, ana cerita tentang falsafah yang entah betul entah tidak, sekadar pandangan ana sahaja dengan sekadar ilmu yang Allah hikmahkan pada diri ana.

nak promot cerita sang Murabbi yang rahmah belum lagi sempat nak kasi ana tengok (~_~)
Rahmah...nak tengok sang Murabbi....


Ana ingin mengahiri perkongsian pendapat ini dengan sebuah sajak yang masih lagi ana ingat sikit2 (yang memenangi tempat pertama dalam....sumthing....waktu PKN ke...KONSIS...er....tak ingat sangat further details)
MURABBI

Oh alangkah bahagia
Oh alangkah mulia
Hari ini aku kisahkan
Aku, dan disisiku,
MURABBI.
Seperti rasul
Bersama-sama, nikmati satu santapan,
Begitu murabbiku
Duduk bersama, jamah satu hidangan.
Seperti rasul
Bersama-sama berbantalkan lengan,
Begitu murabbiku
Bersama-sama tidur atas hamparan.
Seperti rasul,
Turun bersama gali paritan
Begitu murabbiku
Sentiasa seiringku lakukan tugasan.
Seperti rasul,
Faham segala dalaman luaran
Begitu murabbiku
Segala pemikiran tekun menjelaskan.
Seperti rasul,
Membina syuhada’ pemuda pahlawan
Begitu murabbiku
Dibina aku lengkap perincian.
Seperti rasul,
Marah, senyum, sedih, memberi kesan
Begitu murabbiku
Memberi taujih sesuai perasaan.
Seperti rasul,
Menyucikan, memahamkan, lantas menggerakkan
Begitu murabbiku
Diasuh aku, jadi asas kebangkitan.
Seperti rasul,
Menghormati tidak memalukan
Begitu murabbiku
Di sampingnya aku, terasa dimuliakan.
Yang lahir bukan sekadar hartawan
Yang lahir bukan sekadar agamawan
Yang lahir bukan sekadar negarawan
Yang lahir bukan sekadar tokoh kemasyarakatan
Yang lahir bukan sekadar juara kebajikan
Yang lahir bukan sekadar olahragawan
Yang lahir bukan sekadar jaguh perdebatan
Tetapi RIJAL,
Dengan mereka ISLAM diagungkan
Oh alangkah bahagia
Oh alangkah mulia
Ketika itu
Aku, dan disisiku,
MURABBI.