Sunday, November 14, 2010

Muslimat Biasa

Wanita yang menutup aurat, pergi majlis ilmu, menyertai usrah, dan melakukan seperti yg disyariatkan oleh islam sering kali dilihat sebagai golongan yang "baik-baik" atau digelar "tudung labuh club" atau juga dianggap "ekstrim". Mengapa ini terjadi? Sedangkan bukankah semua itu apa yang ditetapkan oleh islam? Kini mereka yg tak tutup aurat, tudung pun borderline, takde la nak join2 usrah ne, couple2 sikit, dianggap golongan biasa2 je...Apa yg biasa tentang itu?? Tanggapan terhadap term "biasa" akan sentiasa berubah jika kita terus mengikuti trend dunia manusia, tapi jika kita kembali pada undang2 dunia islam, semua itu boleh jadi telah terpesong jauh sekali! Lupakah kita pada cara hidup kita yang sebenar? Ya kita bukanlah makhluk luar biasa, tapi kita bukanlah manusia biasa,yang definisinya menurut tanggapan manusia, tapi kita muslim muslimat biasa,menggunakan definisi Islam, Al-Quran dan Sunnah...


Aku ingin jadi muslimat biasa
Yang cintanya pada Allah melebihi cintanya pada manusia
Mengambil Allah sebagai pelindung setia
Dan akhirnya syahid sebagai seorang syuhada...

Aku ingin jadi muslimat biasa
Yang menjalani hidup ini kerana mencari redhaNya
Melakukan terbaik dimana saja
Kerana yakin Allah sentiasa menjaga...

Aku ingin jadi muslimat biasa
Yang memilih Islam sebagai cara hidupnya
Menutup aurat dan menjaga tingkah lakunya
Menjadi secantik-cantik hiasan dunia...

Aku ingin jadi muslimat biasa
Yang sentiasa patuh pada zaujnya
Menjadi teman dan penasihat pertama
Mendidik zuriatnya utk terus bertaqwa...

Bukanlah menjadi yang luar biasa
Kerna Allah jua lah yang memberi kesemua nikmat yang ada
Namun bukan juga sekadar manusia biasa
Tetapi menjadi muslimat,muslimat yang biasa...


No comments: