Monday, May 10, 2010

Viva Palestin : Aura Shoutul Harokah

Bab 3: Aura Shoutul Harokah

“nampak tak apa yang Seha Nampak….?” Kak Seha seolah-olah berteka-teki.

“apa dia? Kak Seha nampak apa?” Iman tertanya-tanya. Billboard yang mengiklankan Perhimpunan Perdana tersebutkah? Kepalanya tertoleh kiri kanan, matanya menatap setiap billboard yang tersusun di tepi jalan raya besar itu.

“ itu ha… Stadium Bukit Malawati… da nampak dah…” Kak Seha semakin ceria.

Nampaknya perjalanan jihad 5 mujahidah itu pendek sahaja. Iman terbayang-bayang perhimpunan itu yang bakal riuh dengan luangan takbir para mujahid mujahidah.

Kak Seha meyusuri car park di stadium Bukit Malawati dengan berhati-hati. Kereta milik sahabatnya itu perlu dijaga dengan baik. Sesekali Kak Seha beristigfar, takut kalau-kalau tercedera kereta itu dalam perjalanan jihad mereka. Hakikatnya begitulah  sepatutnya sifat manusia dalam pemilikan apa jua yang ada didunia ini. Semuanya bukan milik kita. Setiap yang ada di tangan kita perlu dijaga dengan penuh tanggunngjawab. Perlu dijaga seperti bukanlah milik kita.

Tanggunggjawab yang terbesar pula adalah islam itu sendiri.

Solat Asar didirikan

***

“Seha dekat kerusi kuning”

“banyak kerusi kuning ni, yang mana satu”

“eh tu ha Kak Seha”

Akhirnya bertemu juga 5 mujahidah selepas terpisah seketika kerana tugasan sukarelawan. Tempat duduk yang dipilih Kak Seha betul-betul berhadapan dengan pentas. Orang ramai mula berpusu-pusu memenuhi ruang di Stadium Bukit Malawati.

Iman gemar duduk tanpa berkata apa-apa dan memerhatikan gelagat manusia yang semakin lama semakin ramai memenuhi Stadium. Dia yakin, tazkirah dari Allah ada dimana-mana sahaja, bila-bila sahaja. Apa yang perlu dilakukan hanya diam… buka minda… buka hati… terima apa sahaja bentuk hidayah dari Allah...

Kelihatan orang ramai yang datang dalam kelompok besar. Ada yang memakai pakaian yang hampir sama,membawa sepanduk dan banner, yang muda, yang tua, lelaki, perempuan, berpakaian sopan kesemuanya, tidak lupa juga mereka yang mengenakan mafla palestin yang seolah-olah menjadi trend pada malam itu. Terbit pula rasa malu, tiada apa yang dibawa bersama sebagai simbolik tanda sokongan padu terhadap misi menghantar bantuan kepada Palestin itu. Maklumlah, keputusan untuk turut hadir juga dibuat di saat-saat akhir.

Iman kini berada bersama dengan mujahid-mujahidah dari seluruh Malaysia, malah ada juga dari luar Negara! Ya, Iman bangga, syukur, kerana dapat menjadi sebahagian dari perhimpunan itu.

***

MC perhimpunan pada sebelah petang muncul di pentas. Pemuda yang bersemangat itu penuh dengan keyakinan cuba menyemarakkan lagi suasana di dalam stadium.

“TAKBIR!!!”

“ALLAHUAKBAR!!!”

Namun Iman juga sedar… hambar… dimana semangat mujahid-mujahidah? Penonton tidak kelihatan bersemangat sebagaimana Iman bayangkan selama ini.

Persembahan pertama disampaikan oleh sekumpulan pemuda yang membawa lagu palestin dengan rentak moden. Iman cuba menghayatinya…

“atau adakah kita sekadar menjadi penonton setia” kata-kata itu dilaungkan berkali-kali dengan rentak rap. Benar… adakah rakyat Malaysia sekadar penonton setia pederitaan rakyat Palestin sahaja? Adakah dia sekadar penonton setia sahaja? Iman bermuhasabah sendirian.

Laju juga kata-kata mereka. Iman pernah meminati music rap suatu ketika dahulu, malah, dia masih meminatinya. Mudah baginya untuk menerima persembahan yang lain daripada yang lain itu. Namun sambutan masih hambar… dimana semangat mujahidah…?

Persoalan bakal terjawab…

***

“dipersilakan… Shoutul Harokah yang akan membawakan empat buah lagu…!” Iman tersentak. Akhirnya, kumpulan nasyid yang tidak asing lagi baginya. Lagu-lagu dari kumpulan Shoutul Harakah sering sahaja dijadikan lagu tema mukhayyam khoriji yang pernah dihadirinya. Iman tidak pernah melihat rupa penyanyi Shoutul Harokah. Kacakkah mereka? Mudakah mereka? Tinggi? Pendek? Besar? Kecil?
Kelihatan lima orang lelaki menghampiri pentas.



“biar betul…macam pakcik-pakcik je..” bisik hati Iman setelah melihat lima lelaki berbaju kemeja kosong tampil diatas pentas. Lagak mereka bersahaja, langsung tidak terlihat aura rasa bangga, atau mungkin juga bongkak yang boleh terlihat jika ia artis-artis popular lain. Tidak pula mereka sibuk mengangakat tangan sambil melambai-lambai kepada para penonton. Tidak pula mereka sibuk memperkenalkan diri.

Tetapi, tanpa disangka-sangka, para penonton kelihatan bersemangat! Penonton-penonton mula bangkit, banner dan sepanduk mula berdiri. Ruang hadapan pentas ditumpahi penonton dari kerusi-kerusi bawah.
MasyaAllah… inikah dia aura Shoutul Harokah yang sering diperkatakan itu? Iman mula merasakan bahang semangat jihad mujahid-mujahidah Malaysia.


Seperti telah dirancang oleh pihak penganjur, dentuman music kumpulan nasyid yang menjadi tarikan utama itu lebih kuat berbanding artis-artis jemputan sebelumnya. Malahan getaran music itu menusuk terus kedalam jantung. Dada Iman terasa senak seketika dek getaran music yang begitu hebat. Namun dia merasa bahagia, matanya ditutup rapat. Getaran itu dinikmatinya.

“Ya Allah satukanlah aku dengan semangat jihad….” manis pula rasanya.

Lagu pertama kumpulan Shoutul Harokah berjudul dunia itu berentak lembut. Iman belum pernah mendengari lagu itu sebelumnya. Namun kali pertama mendengarnya hati Iman tertarik, seperti cinta pandang pertama. Kak Zack yang duduk di sebelah Iman turut menyanyi sama.

“Wah, hebat, sudah dihafal liriknya.” Bisik Iman


Dunia

Tebarkan salam
Dengan segenap iman
Tebarkan kebaikan
Pada semua insan

Tegakkan keadilan
Tuk bangun negri ini
Semoga kita
Jadi makhluk berarti

Dunia...
Tempat kita terus berkarya
Dunia...
Tempat kita beramal mulia

Dunia...
Tempat kita singgah semata
Dunia...
Bekal tuk di akhirat kita

Inilah saat berbuat yang terbaik
Untuk menuju kehidupan sejahtera

Penyanyi kumpulan Shoutul Harokah bukan menyanyi kosong sahaja. Sebelum memulakan nyanyiannya salah seorang penyanyinya, Hilman Rosyad Sihab, memberikan kata-kata semangat kepada penonton. Ternyata nyanyian mereka bukanlah sekadar hiburan tetapi juga merupakan sebuah seni tarbiyyah bagi para pendengarnya.

Lagu kedua kumpulan Shoutul Harokah adalah bingkai kehidupan.

“Bingkai kehidupan? Bestnyer…!” Kak Zack semakin ceria.

Iman tidak menghafal nama-nama lagu kumpulan tersebut, dia hanya mengetahui lirik sebahagian lagu-lagu kumpulan Shoutul Harokah. Tatkala music dimainkan, Iman menganjakkan badannya kehadapan. Bersemangat. Dia yakin dia tahu lirik lagu ini.

Bingkai Kehidupan

Mengharungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan


Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan
ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan


Allahu ghoyatuna
Ar Rasulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, 
Asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Al-quran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan
ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Alhamdulillah. Puas… Semangat jihad jelas terasa. Dadanya yang kesempitan itu tanpa disangka-sangka mampu melontarkan suara yang hebat. Malah Iman juga kagum, getaran suaranya yang direndahkan ke tahap base itu membuatnya berasa gagah.

“Takbir satu kali….?... Jawabnya JIHAD!!!” Hilman Rosyad seolah-olah member arahan.

“Takbir dua kali….? Jawabnya JIHAD FI SABILILLAH!!” sambungnya lagi

“Takbir tiga kali….? Jawabnya JIHAD FI SABILILLAHI ALLAHUAKBAR!!”

Iman semakin bersemangat. Ada pula task yang diberikan oleh penyanyi kumpulan hebat itu kepada penontonnya. Sepanjang empat buah lagu yang dinyanyikan oleh Shoutul Harokah mendapat sambutan yang teramatlah hebat.

Sekumpulan besar ikhwah berada di ruang hadapan pentas. Tangan mereka dihayun-hayunkan kearah pentas  laju  mengikut rentak lagu Shoutul Harokah. Iman teringat tayangan-tayangan video para pejuang Palestin yang selalu dimainkan di program-program memperingati Palestin yang suka dihadirinya. Gaya ikhwah dari Malaysia itu saling tak tumpah dengan para pejuang Palestin yang akan ke medan perang.

MasyaAllah… moga iman dan semangat jihad mereka juga sama membara.

“Palestin milik siapa….?!!” Jerit Hilman Rosyad Sihab lagi

Iman seolah-olah sudah tahu, seolah-olah soalan yang dilontarkan itu soalan bocor, tanpa teraga-agak dia terus menjawab dengan lontaran suara yang gagah.
“Milik umat Islam di SELURUH DUNIA!!!”

“Milik umat Islam di seluruh dunia!!!” Hilman Rosyad memberi jawapannya. Tepat sekali. Iman gembira..

Persembahan terus disambung, semangat terus membara…

***
Mars Kepanduan

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia


Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang


Henjakkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karena Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia

***

Gelombang Keadilan

KAN MELANGKAH KAKI DENGAN PASTI 
MENEROBOS SEGALA ONAK DURI 
GENERASI BARU YANG TELAH DINANTI 
TAK TAKUT DICACI TAK GENTAR MATI 


BAGAI GELOMBANG TERUS MENERJANG 
TUK TUMBANGKAN SEGALA KEZALIMAN 
DENGAN TULUS IKHLAS UNTUK KEADILAN 
HINGGA PERTIWI GAPAI SEJAHTERA 


TAKKAN SURUT WALAU SELANGKAH 
TAKKAN HENTI WALAU SEJENAK 
CITA KAMI HIDUP MULIA 
ATAU SYAHID MENDAPAT SYURGA 

***

Merah Saga

Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir (Allahuakbar!)


Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu


Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina


Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA

Musik lagu-lagu Shoutul Harokah punya rohnya tersendiri. Malam itu, roh itu bagai memayungi seluruh stadium itu dengan sayapnya yang lebar. Jelas terasa perbezaannya jika dibandingkan mendengar lagu Shoutul Harokah dari radio atau audio dengan mendengarnya secara langsung. Dengan lagak semangat penyanyi-penyanyi Shoutul Harokah, mimik muka mereka, gaya mereka... MasyaAllah... Memang berbeza...

Bersambung...

p/s:

Shoutul Harokah menyampaikan 8 buah lagu hari itu (jika tak silap la), 4 pada petangnya, 4 lagi pada malamnya. Maaf tak dapat nak muatkan kesemuanya...

Terdapat juga persembahan hebat dari muadz (baitul maqdis, stand up), Raihan dan beberapa artis undangan lain.

Dipendekkan cerita, memang bergegarlah Stadium Bukit Malawati malam itu…

1 comment:

emmzesyra said...

salam..
hebat la kamu ni..siap ingat lagi tazkirah selingan lagu yang di sampaikn..

ptg tu shoutul harokah nyanyi 8 lagu..
mlm tu nyanyi 4 lagu..

akak plg minat lagu islami ya qudsu dan al ardhu lana...

saje je =)