8 Mei 2010; 1.17 pm
Alhamdulillah… siap juga nota study group. Walau tak sehebat mana nota tersebut, Iman yakin dia mampu menyampaikan tajuk Hip untuk study group keesokan harinya. Semuanya berkat peluang yang diberi Allah ketika teaching dengan Dr. Hazla. Tenang fikirannya, sebuah beban telah terangkat dari bahunya.
Pantas Iman mencapai telefon bimbitnya.
“ Salam, Mas, camner ek petang ne nak pi shah Alam” tut…
“ sekarang ne takde transport. Tapi tadi Kak Seha kata kereta kak Lala ada lagi 1 space kosong. Zatel nak pergi? Dulu Mas dah pernah diberi peluang pegi dah. So takpelah Mas tak pergi kali ne, Zatel pergilah”
“ala… tak mau la gitu…taknak la sampai kita ambil peluang orang lain plak…(T.T)”
“eh betul Zatel, takpe… memang nak bagi peluang ni kat Zatel...”
“Betul nie? Thanks mas :)”
Dalam rasa syukur, Iman sedih. Dalam kelembuatannya, semangat Masita memang jelas membara kiranya berdirinya dia di bawah naungan semangat jihad. Impiannya ingin sama melaung takbir bersama sahabatnya itu diganti dengan doa. Moga pengorbanan Mas memberi peluang ini kepadanya akan digantinya dengan semangat yang membara. Iman tekad untuk tidak menyiakan peluang ini. Sekali lagi, Iman sedar, dia bertuah mempunyai sahabat-sahabat yang mulia.
****
“send”
Hati iman berdebar. Dia baru sahaja menghantar mesej kepada Kak Seha tentang hajatnya untuk bersama ke perhimpunan perdana Palestin. Iman keliru, debaran hatinya pantas. Mengapa perlu dia berdebar sebegitu sekali? Iman terbaring di atas katil. Dia masih lagi bertelekung selepas solat zohor tadi. Diletaknya Syaamil dekat dihatinya dan memeluknya dengan lembut. Syaamil Al-Quran yang berwarna coklat itu hampir dua tahun menjadi sahabatnya. Itulah warkah cinta Allah untuk hamba-hambaNya. Iman menanti reply dari Kak Seha. Dalam ketenangan itu si subconscious bercicara.
Niat
Apa niat kamu kesana? Astagfirullahalazim… Iman sedar sebahagian dari niatnya untuk ke Shah Alam itu bukanlah 100% ikhlas kerana Allah.
Maksiat?
“Perbetulkan niatmua Iman.” Iman sedar sekiranya niatnya masih lagi belum suci, peluang itu akan terbang begitu sahaja. Tambahan lagi mesej Kak Seha belum sampai lagi. Hatinya masih berdebar. “Ada masalah ke?”
Perbetulkan niat…perbetulkan niat… Syahid sebentar…
***
Iman dikejutkan dengan deringan nyaring telefon bimbitnya yang kecil itu. Terpampang nama Kak Seha dimuka telefon bimbitnya. Jantung Iman bagai disambar helang yang kelaparan. Iman terkejut seakan-akan dia bakal menerima panggilan jihad. Terus disambut panggilan tanpa teragak-agak.
“Hello Assalmualaikum Kak Seha…”
“Assalamualaikum… Zatel, Zatel nak pergi kan? Okay, kita gerak pukul 4.30 petang tau. Bawak telekung kalau perlu dan bawak sejadah sekali” Suara Kak Seha ceria.
Iman dapat membayangkan Kak Seha yang sedang tersenyum gembira. Kak Seha turut menjadi sukarelawan pada perhimpunan malam itu. Iman rasa menyesal. Kiranya dia tahu bahawa perjumpaan pada pukul 9 pagi itu tidak memakan masa, mungkin sempat sahaja dia turut mengambil bahagian menjadi sukarelawan. “Ada hikmah disebaliknya” pujuk Iman sendirian.
Alhamdulillah dia masih diberi peluang untuk bersama di perhimpunan perdana Palestin pada malam itu. Iman melihat jam. Kira-kira ada satu jam setengah sebelum waktu untuk bergerak ke Shah Alam. Iman mengatur jadual untuk 1 jam setengah itu.
Gosok baju-Mandi-makan-ambil wuduk-solat asar-sedia
Selepas mengambil wuduk, jam menunjukkan masih ada lagi setengah jam sebelum asar. Iman menjengah facebook seperti biasa. Kadangkala malu juga memikirkan dirinya yang terlalu suka menjengah facebook.
“Facebook;Home”
Seperti biasa Iman tertarik dengan status page Akh Hilal.
“Semoga Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini berjalan dengan lancar. Saya di Jordan mendoakan. Andai di bumi Malaysia, pasti akan bersama kalian. Sesiapa yang ingin pergi, silakan. Masuk adalah PERCUMA. Program bermula pada hari ini, pukul 5.00 petang waktu Malaysia.”
“macam tau tau je aku da nak pegi…” Iman menekan butang “like” di status tersebut.
Kagum. Itulah Hilal Asyraf, pemuda zaman ini yang semangatnya seperti pemuda ketika zaman Rasulullah. Selama ini Iman menyangka tidak ada penulis buku motivasi yang sama umur dengannya. Ternyata Iman silap. Sejak kali pertama Iman mengenali Hilal dari page nya di facebook dia sudah mencemburui pemuda itu. Rupa-rupanya bukanlah dia seorang sahaja yang mempunyai minat menjadi penulis muda, malah Akh Hilal telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan. Tidak sangka ada orang yang sebegitu hebat yang telah jauh mendahuluinya.
Punya ilmu Al-Quran, punya bakat menulis, punya lidah yang petah dan punya pula lebih lima ribu orang yang menjadi peminatnya. Kata-katanya didengari.
Dalam pada cemburu, tidak pula Iman membenci. Malahan, website Langit Ilahi Hilal sudah menjadi antara book mark yang ada pada browser google chrome Iman.
Dalam pada cemburu, Iman berdoa, moga pemuda itu akan terus menjadi ikutan pemuda kini, dan juga doanya agar satu hari nanti dia juga bakal menjadi sehebat Hilal, atau mungkin lebih…
Dalam pada cemburu juga, sempat pula Iman menjengah artikel Hilal yang berkait dengan perhimpunan perdana Palestin dengan harapan semangat jihadnya terus membara.
Deringan Sony Ericsson berkumandang lagi. Kak Seha menelefon sekali lagi. Iman melihat jam. Baru pukul 4.15 petang.
“Assalamualakum.. Zatel da siap ke?”
“eh da nak gerak dah ke? Tak sempat nak solat asar la nie”
“tu la, kitaorang da dipanggil untuk datang la.. Zatel lambat lagi ke nak siap?”
“kejap-kejap nak pakai baju nie…kejap je lagi..Kak Seha tunggu ea”
Sekejap? Iman melihat dirinya dalam cermin. Jelas sekali sekiranya waktu lain, perlu ambil masa setengah jam baginya untuk bersiap dari keadaanya sekarang. Tambahan lagi dia juga kadangkala agak mementingkan kekemasan jika dia ingin keluar.
“Ah….! Nak pergi medan perang buat apa nak sibuk mekap”
Pantas Iman mengenakan jubah seluar berjalur kelabu itu. Mukanya disapu bedak talkum putih dan terus disarung tudung hitamnya yang lusuh itu. Kakinya disarung kasut yang selalu digunanya untuk pergi ke ward. “eh, formalnya aku malam ne..” bisik Iman. Tetapi semangat jihadnya memadamkan kesemua keinginannya untuk berhias.
“PERGI DULU…!” jerit Iman kepada housematenya
“ke mana…!” balas Izzanis
“KONSERT!!”
Konsert? Macam lagha pula bunyinya. Ah, tak mengapalah, kakinya melangkah laju mencari Kak Seha yang menunggunya.
Iman benci melambatkan perjalanan orang lain. Tetapi mana mungkin dia menyuruh Kak Seha pergi dahulu. Hujan turun dengan renyai saja menambahkan suasana dramatis yang sedang dialami gadis muda itu. Barangkali hujan rahmat.
Kak Seha muncul dengan kereta putih milik Kak Lala. Ruang kereta My Vi Kak Lala dipenuhi mujahidah-mujahidah yang ingin turut berjihad sama dengan misi rombongan ke Palestin, “break the siege”. Kak Aisyah, Kak Zack, Kak Ana, Kak Seha dan Iman. Inilah dia para mujahidah, akhawat Karisma PPUKM yang bersemangat jihad, terus ceria sepanjang perjalanan ke stadium Bukit Malawati.
Iman sudah terbiasa, apabila turut menumpang kereta seniornya itu, sepanjang perjalanan dihidangkan dengan alunan ayat suci Al-Quran. Sesekali Kak Aisyah, Kak Zack dan Kak Ana bergurau mesra.
Dia menghabiskan masanya dalam kereta memandang ke luar tingkap. Dia masih lagi bertanya pada dirinya. Apa niatnya datang ke situ? Betulkan niat.
“Ya Allah, tetapkanlah hati ku dalam menyusuri jalan ini. Biarlah kerana ingin redhaMu Ya Allah…”
Sesekali dipejam matanya. Hati Iman masih lagi gundah. Maksiat… Syaitan tidak pernah lelah, mereka akan tetap membisik.
“Ya Allah, jauhkan aku dari maksiat, pekakkanlah telingaku dari bisikan syaitan..”
Bersambung…
No comments:
Post a Comment