Thursday, October 20, 2011

Hikmah Creative

Pada setiap ujian itu pasti ada hikmahnya, itu apa yang nak ana percaya. Semasa ana cuti MC ni ana banyak diberi peluang untuk finally 'release my creative potential', yang Allah pinjamkan pada ana, insyaAllah untuk kerja dakwah. Amin...

Bagi mengingati 'event' ini dalam hidup ana, ana nak keluarkan branding. Bukan sebab nak popular, tapi bagi peringatan untuk diri sendiri. Semua yang ana dapat kongsikan ni semuanya dari Allah, hikmah dari Allah. Jadi, ne la logonya... Simple je la, malas nak fikir banyak.

Hikmah Creative

dari hikmah, kreativit dapat digunakan~


Wallahualam...moga Allah mengikhlaskan niat

Wednesday, October 19, 2011

Presenting : Usrah Book

My Usrah Book

Buku Usrah

Sedikit perkongsian idea~

Dalam usaha memikat hati anak usrah, ana telah memberikan pada setiap anak usrah ana “my usrah book” atau buku usrah yg wajib mereka bawa ke setiap usrah. Selain memikat hati mereka, buku usrah ini juga digunakan utk mencatit nota semasa usrah, dan antara fungsi utamanya adalah bagi menge-cek mutabaah ibadah mereka.

Kandungan buku usrah
  1. Biodata : Nama, no telefon, tarikh join usrah dan harapan apabila join usrah
  2. Kedatangan : Beberapa helai kertas kedatangan akan dilampirkan bagi mereka mencatit tarikh, tajuk pengisian, tugasan dan juga muka surat mana (jika mereka rajin buat muka surat)
  3. Mutabaah Ibadah : Diadaptasi dari “Kit Murobbi 01” yg ana pernah dapat semasa menghadiri daurah penerangan modul 01. Disini ana menyuruh mereka meletakkan percentage kejayaan mencapai setiap mutabaah ibadah
  4. 10 muwosoffat tarbiyyah : Bagi peringatan dan panduan kepada anak usrah dan ana sendiri ttg apa yg patut dicapai dalam usrah modul 01
  5. Seterusnya adalah helaian2 kertas putih (tidak bergaris) bersaiz ½ A4
Biodata

Kedatangan

Mutabaah

10 Muwosoffat tarbiyyah


Designs

Ana ada beberapa design yg pernah ana buat. Sebelum ini ana menggunakan design berlainan utk setiap anak usrah.






Tetapi bagi mengelakkan anak usrah rasa “design mereka kurang cantik”, lebih baik kita diselaraskan designnya


Template yg telah diprint akan dihantar ke kedai fotostat bagi proses ring-binding utk menjadikannya sebuah buku. Ana tak ingat berapa harga sebuah buku tapi tak silap ana termasuk print colour, plastic cover, back cover dan sebagainya, modal bagi 1 buku lebih kurang RM 8.00 (TT3TT)… Alhamdulillah, budak medic ada JPA, jadi selamatlah jugak… ana yakin, kalau keluar secara mass mungkin boleh dapat lebih murah

buku my usrah yg dah siap


Rata2, respon yg ana dapat semasa mereka menerima buku usrah mereka sangatlah positif. Ana tak pasti apa perasaanya sbb ana sndiri tak pernah dapat buku my usrah ni sendiri…heheh… tapi mungkin perasaannya sama macam semasa ana menerima hadiah hari jadi dari ukhti Izzanis pada besday ana. Beliau telah membuat sendiri ‘door sign’ utk bilik ana menggunkan kain felt, kertas keras dan kreativiti beliau... :D mungkin ukhti Izzanis juga boleh kongsi kebolehan arts n crafts beliau ;)

Jzkk ukhti Izzanis