Berdirinya aku disitu, dengan semangat yg mmbara,dgn hati yakin,tapi....dengan ilmu yg tipis sekali. Aku redah jua, kerna ku sangka, apa yg benar, pasti kan mmbuahkan hasil yg baik. Namun bukan begitu. Pada setiap perjuangan, pasti ada halangannya. Aku lupa... Bahkan berbekalkan ilmu dan persiapan perang yang sedikit, Allah menetapkan pejuang yg lemah ini terus meredah medan perang dengan berani. Tiba-tiba aku terperangkap, tersepit, teranaya dan menganyai orang lain. Aku tertangkap...
Di dalam penjara, aku duduk sendirian, mengenangkan nasibku yang malang. Tatkala aku mula merasa benci pada diri ku sendiri, teringat aku pada pesan Jeneral yang menugaskan aku utk misi ini. "Manusia mmg sifatnya begitu, cuba lihat dalam surah Al-Fajr (surah kegemaranku) Allah berfirman, "manusia apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan mmberinya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhanku telah memuliakan ku", namun apabila Tuhan mengujinya lalu berkata, "Tuhanku telah menghinaku"
Apakah aku juga begitu? Astagfirullah.. Berbisik lagi, "bukanlah Allah yg menghinakan ku, tapi akulah yg menghinakan diri ku sendiri kiranya aku kalah dlm peperangan hati ku sendiri". Aku tahu apa yang aku lakukan ini betul, mungkin caranya salah namun apa yg benar tetap benar.
Sesekali, hati ini terdetik. Memikirkan tentang misi yang gagal ini. Hati tertanya-tanya, dimana panglima-penglima perang yang selalunya disisiku tika bertempur dlm medan perang. Disebabkan sikap gopohku, mereka hanya mampu melihat aku dari belakang, begitu bodoh meredah medan perang tanpa sebarang strategi. Bingung, apa yang patut dilakukan? Ketika itu aku masih lagi memandang kebelakang. "mengapa kalian disana? marilah kesini, bukankah ini satu perjuangan?" teriak ku sekuat hati. Aku yakin mereka mendengarnya, namun, patutkah mereka meredah jua medan peperangan itu sedangkan strategi belum disusun rapi? Sudah tentu kita akan kalah. Maka, adakah lebih patut untuk dibiarkan sahaja aku seorang bertempur disitu? Aku sendiri tak pasti, apakah jawapan yang betul disini. Terpulang pada mereka dan pandangan mereka sendiri, aku tidak berani mengatakan bahwa aku yg betul atau mereka yg salah. Mgkin keduanya betul, mungkin juga keduanya salah...
"Jika kalian ingin menghukum,hukumlah aku sahaja, aku yg memulakan pemberontakan ini dan aku jualah yg akan perbaiki kerosakan yg telah terjadi, janganlah ada seorang pun turut merasa bahang hukuman ini,kerna bukanlah mereka yg memulakannya.".
Asalnya perang kebathilan, namun yang terjadi adalah perang saudara. Aku tak sanggup lagi. Peluru yang kulepaskan rupanya terkena pada saudara-saudara ku yang sebelum ini jua telah lama berkecimpung dalam bidang ketenteraan. "Saudaraku, aku tidak mahu persengketaan. Jika ini adalah salahku, maka maafkanlah aku...tapi sebenarnya...." diam.... Sekadar mampu terdiam. Perang yang sebenar, penggabungan ketenteraan, utk melawan musuh yg sebenar tak kesampaian. Jika aku terus berdegil utk merealisasikan misi ini, aku pasti kan mencetuskan pertumpahan darah. Cukuplah sekadar luka-luka yang mungkin masih mampu diubati.
"Jeneral, maafkan aku. Aku telah mengagalkan misi ini kerana kegopohanku sendiri. Aku tak punya strategi dan bilangan yang ingin turut serta dalam perjuangan ini terlalu sedikit. Barangkali bukan masanya utk aku meneruskan misi ini. Tapi aku yakin Jeneral, keadilan pasti kan tertegak satu hari nanti. Aku akan tetap dengan pendirianku. Yang benar tetap benar..."
Tatkala kepulanganku, aku merasa seperti kambing hitam yang hodoh, tapi sehitam-hitam kambing yg hodoh ini paling kurang, aku telah mempelajari sesuatu dan aku juga telah mendapat satu pengalaman yg berharga. Aku tidak kesali apa yang terjadi, yang ku kesali adalah kalahnya aku dalam pertarungan dgn syaitan utk menahan amarah tatkala diuji, yang kukesali adalah luka-luka mereka yg telah kusakiti. Jauh disudut hati yg hampa ini, aku masih mencari sinar bukti kasih Ilahi. Mudah-mudahan Allah temukan juga aku pada perisai yg akan melindungi aku dari tercalarnya rasa izzah menjadi seorang muslim dan seorang pejuang di jalanNya.
>kepada mereka yg tidak berpuas hati dgn pos ini, anda boleh menyangkal sepuas hati,tapi jangan kecik ati kalau tidak dipublish.This is my personal space, i say what i want to say. dan sy ingatkan lagi sekali, hanya pengecut yg akan gunakan Anonymous. so jangan jadi pengecut<
No comments:
Post a Comment