Tuesday, May 18, 2010

Bila Allah Memujuk hambaNya

Semua benda baik yang kita perolehi di dunia ne semuanya dari Allah. Tapi kita sering lupa, kadangkala focus kita hanya untuk bergembira… Allah berfirman dalam Al-Quran, bukan sekali, tapi banyak kali jugak la, ayat yang bunyinya mengatakan, sifat sesetengah manusia ne tidak bersyukur. Bila ditimpa kesusahan berdoa macam nak rak, tapi bila Allah lepaskan dair kesusahan itu, terus dia lupa, kikir dan merasakan “kebaikan ini adalah hasil titik peluh ku”… Nauzubillah… hopefully kita tak tergolong dalam golongan orang seperti itu

Kita kena “sensitive” dengan kehadiran pertolongan Allah. Macamana nak buat camtuh? Senang je, sebenarnya… Resepi kejayaan dan positive thinking seorang muslim tu 1 je; pergantungan 100% pada Allah. Mereka yang merasakan kebergantungan kepada Allah 100% tidak akan rasa gentar dalam hidupnya. Mereka ini (insyaAllah kita juga) adalah orang-orang yang sentiasa menang, kerana mereka sentiasa gembira dan yakin yang setiap pemberian itu adalah dari Allah dan Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya. Sebagai seorang muslim, kita menghadapi “win-win situation everyday”. Bila ditimpa masalah kita sabar, dapat pahala, bila diberi nikmat kita syukur, dapat pahala… Cuma how we react towards that yang membezakan samaada kita win or lose.

Nak dijadikan cerita, ini Cuma kisah yang berlaku baru-baru ni yang boleh kata berkait dgn topic diatas.
Saya ne, memang tak pernah-pernah dibuat diri sendiri pegang sebegitu banyak jawatan yang agak besar selama hidup saya. Tak silap currently ada dalam 8 jawatan saya pegang kot, ada besar, ada kecik… (macam tamak pulak kan?). Tapi tu la, baru tahun ne dapat tahu, seronot rupanya pegang jawatan ne.. huhu…

Anyway, one of them is menjadi penolong posting Ortho. Kerja dia memang banyak kena kontek dr dr ortho yang boleh tahan gak la bizi dia. Sampai disatu tahap, saya merasa tertekan gak la, bukanlah banyak kerja nak kena buat, tapi yang sedih tu, macam tada siapa yang sudi nak hulurkan sokongan atau pertolongan. Ada la bukan takde, tapi kadang-kadang tu rasa macam keseorangan sangat dalam posting ortho ne. Astagfirullahalazim… tah pape je…

Tapi tu la hakikatnya perasaan daku ketika itu. Sampai disatu tahap lebih tinggi, apabila terus saja dalam stress, tanpa sapa nak teman pegi tgk case,case write up takde patient lagi, patient cadangan da kuar, nak kena wat surat lak, pastu time tu rasa, “akulah budak ortho yang paling sikit tahu anything bout ortho”. Mana taknya, memang x pernah-pernah study dengan aman, kalo ada pun time SG, itupun banyak gak da luper. (yg tu salah sendiri la). So merasa rendah, kurang ilmu dan keseorangan. So pergilah daku beruzlah di bilik tutor ortho wanita, yg kosong ketika itu. Sedih… menangis… nak merajuk la tu.. gediks betul. Tapi nak wat camner, saya ne perangai memang kalo tengah ada problem saya ngadu pada Allah. Tapi nak ngadu pada Allah ada adabnya.

1.
       Jangan menyalahkan sesiapa
2.
       Rasakan diri yang lemah dan bersalah (be vulnerable to Allah)
3.
       At the same time thinking must be rational and mature, jangan ngadu cam bebudak
4.
       Mengadu tentang solution not the problem


So apa yang dibuat? Doa la pa lagi...

“Ya Allah, aku hambaMu yang serba lemah ini, aku sedar aku penuh dengan kelemahan dan dosa, Kau ampunilah aku Ya Allah… Aku kini sangat lemah dan terluka. “PUJUKLAH HATIKU INI YA ALLAH”… pujuklah aku, pujuklah aku, SAYANGI aku, KASIHANI aku…”

Tapi perkataan yang selalu ter’zukkk adalah perkataan, “pujuklah hatiku”. Entahlah, bila kita kata “pujuklah”, benda tu rasa macam dekat sangat dengan kita. Yela, selalunya yang selalu memujuk ni manusia kan? Jarang pulak kita kata Allah yang pujuk. Tapi kan bila cakap camtu macam seolah-olah ada satu perasaan, macam Allah berkata-kata pada saya “there there My sweet hamba, la tahzan, Im always here for you, don’t worry, everythings gonna be just fine, I will give u something to sooth your worries” waktu tu rasa macam manja-manja gitu, macam syok sendiri… seolah-olah dipeluk oleh kasih sayang Allah….uuuu…. Seronot…!


So saya teruskan menanti sweets or aiskrim dari Allah ne. so waktu tu continuously fikir, mesti Allah nak bagi sweets ne, musti musti. well, lagi satu yang saya sedar, Allah memang ceeepaaaat benar Dia memujuk. Tak alih-alih, eik….? Patient yang dulu kuar and yang ingat nak kena pegi buat surat untuk amek case note de kat unit rekod tu da masuk balik da… waaa…. Setel problem tu… wuhuhu…

Yang tu sweets, aiskrim pun ada maaa…. Dekat klinik plak memang bahagia la rasa. Yang jadi pelik nya, saya ne kan da lama giler tak study, tapi bila doctor tanya soklan, rasa macam yakin lak nak jawab. So bole kata semua soalan dr zainal saya jawab. Gasak ar, betui ke tak, main boh je la. Memang la ada salah, tapi yang pelik tu ada gak yang betul. Benda yang dihantam tu kadang-kadang terlintas camtuh je, so jawab je la kan. Time klinik tu memang selamba je, macam ruma sendiri lak lepak kat katil, kat kerusi dr, borak ngan dr macam geng-geng je. 

Kena lak klinik ngan dr. Zainal yang selamber rock gitu, selamba je la. So banyak gak ar dapat belajar time klinik tu. Dr. Zainal siap bagi learning issue lagi. Jangan kata dr Zainal je, dengan klinik Dr. Jamari pun sempat tumpang sekaki. Dr Jamari pun besh, suka bagi kata-kata nasihat. Best dengar kata nasihat, rasa disayangi gitu. 

Pastu memang ada satu perasaan, all the subsequent events semua nya seronot, berjalan lancar je suma benda. Kalo orang lain dengar, “hek eleh, kecoh jer, tada la apa sangat pun”. Well, say what u want to say, bagi diri yang tak wat CWU lagi, tak cukup study, pengalaman yang sedikit nak kecoh ne, sangat sangatlah bermakna… Walaupun malam tu meting, abis tu sempat diskusi ngan Rahmah pasal video, pastu sempat study gak malam tu. Walaupun sikit, tapi for the first time, dapat study dengan aman.

Itulah dia kalo Allah nak memujuk. Kadang-kadang tu kan, Allah pujuk kita, tapi kita tak sedar pun. Kita rasa, mula-mula sedih pastu oh seronot lak. Kan hidup macam roller coaster, kadang-kadang kat bawah, kadang-kadang kat atas… tapi kita kadang-kadang lupa siapa yang boleh turunkan dan naikkan kita tu kan?

So nampak tak praktikalnya disini. Kita bila susah, selalunya kita ingat Allah. Kita minta pertolongan. Tapi bila Allah tolong, kadang-kadang tu kita lupa, pertolongan tu dari Allah. Tapi bila kita minta “dipujuk” oleh Allah, pujuk tu de ada aura kasih sayang dalamnya, jadi bila kita minta dipujuk, kita bukan sekadar mengharapkan pertolongan, tapi kita akan mengharapkan lebih dari itu, kita harap Allah pujuk, maknanya membuatkan kita rasa disayangi olehNya, dicintai, di belai, dipujuk lah kan… 

orang yang nak dipujuk ne de emo de lebih sikit dari orang yang nak ditolong. Jadi kita akan sentiasa alert dengan perasaan kita, kita akan sentiasa mencari kasih sayang dari Allah and trust me, bila kita alert dengan Allah’s presence, kita akan jadi lebih alert dengan pertolongan dari Allah. Jadi bila pertolongan itu turun, yang turun bersama pertolongan itu adalah kasih sayang yang merupakan main attraction doa kita tadi.

 When we are alert with our feelings for Allah, our spiritual belief is engage with our emotions. Jadi lebih mudah untuk kita rasa bersyukur…. insyaAllah…  memang banyak gak la kelebihan jadi seorang wanita yang punya 9 emosi nih.. huhu..

So dats it for perkongsian hari ni, marilah kita bergantungan pada Allah, kerana Allah la sebaik-baik pergantungan….

Monday, May 10, 2010

Viva Palestin : Aura Shoutul Harokah

Bab 3: Aura Shoutul Harokah

“nampak tak apa yang Seha Nampak….?” Kak Seha seolah-olah berteka-teki.

“apa dia? Kak Seha nampak apa?” Iman tertanya-tanya. Billboard yang mengiklankan Perhimpunan Perdana tersebutkah? Kepalanya tertoleh kiri kanan, matanya menatap setiap billboard yang tersusun di tepi jalan raya besar itu.

“ itu ha… Stadium Bukit Malawati… da nampak dah…” Kak Seha semakin ceria.

Nampaknya perjalanan jihad 5 mujahidah itu pendek sahaja. Iman terbayang-bayang perhimpunan itu yang bakal riuh dengan luangan takbir para mujahid mujahidah.

Kak Seha meyusuri car park di stadium Bukit Malawati dengan berhati-hati. Kereta milik sahabatnya itu perlu dijaga dengan baik. Sesekali Kak Seha beristigfar, takut kalau-kalau tercedera kereta itu dalam perjalanan jihad mereka. Hakikatnya begitulah  sepatutnya sifat manusia dalam pemilikan apa jua yang ada didunia ini. Semuanya bukan milik kita. Setiap yang ada di tangan kita perlu dijaga dengan penuh tanggunngjawab. Perlu dijaga seperti bukanlah milik kita.

Tanggunggjawab yang terbesar pula adalah islam itu sendiri.

Solat Asar didirikan

***

“Seha dekat kerusi kuning”

“banyak kerusi kuning ni, yang mana satu”

“eh tu ha Kak Seha”

Akhirnya bertemu juga 5 mujahidah selepas terpisah seketika kerana tugasan sukarelawan. Tempat duduk yang dipilih Kak Seha betul-betul berhadapan dengan pentas. Orang ramai mula berpusu-pusu memenuhi ruang di Stadium Bukit Malawati.

Iman gemar duduk tanpa berkata apa-apa dan memerhatikan gelagat manusia yang semakin lama semakin ramai memenuhi Stadium. Dia yakin, tazkirah dari Allah ada dimana-mana sahaja, bila-bila sahaja. Apa yang perlu dilakukan hanya diam… buka minda… buka hati… terima apa sahaja bentuk hidayah dari Allah...

Kelihatan orang ramai yang datang dalam kelompok besar. Ada yang memakai pakaian yang hampir sama,membawa sepanduk dan banner, yang muda, yang tua, lelaki, perempuan, berpakaian sopan kesemuanya, tidak lupa juga mereka yang mengenakan mafla palestin yang seolah-olah menjadi trend pada malam itu. Terbit pula rasa malu, tiada apa yang dibawa bersama sebagai simbolik tanda sokongan padu terhadap misi menghantar bantuan kepada Palestin itu. Maklumlah, keputusan untuk turut hadir juga dibuat di saat-saat akhir.

Iman kini berada bersama dengan mujahid-mujahidah dari seluruh Malaysia, malah ada juga dari luar Negara! Ya, Iman bangga, syukur, kerana dapat menjadi sebahagian dari perhimpunan itu.

***

MC perhimpunan pada sebelah petang muncul di pentas. Pemuda yang bersemangat itu penuh dengan keyakinan cuba menyemarakkan lagi suasana di dalam stadium.

“TAKBIR!!!”

“ALLAHUAKBAR!!!”

Namun Iman juga sedar… hambar… dimana semangat mujahid-mujahidah? Penonton tidak kelihatan bersemangat sebagaimana Iman bayangkan selama ini.

Persembahan pertama disampaikan oleh sekumpulan pemuda yang membawa lagu palestin dengan rentak moden. Iman cuba menghayatinya…

“atau adakah kita sekadar menjadi penonton setia” kata-kata itu dilaungkan berkali-kali dengan rentak rap. Benar… adakah rakyat Malaysia sekadar penonton setia pederitaan rakyat Palestin sahaja? Adakah dia sekadar penonton setia sahaja? Iman bermuhasabah sendirian.

Laju juga kata-kata mereka. Iman pernah meminati music rap suatu ketika dahulu, malah, dia masih meminatinya. Mudah baginya untuk menerima persembahan yang lain daripada yang lain itu. Namun sambutan masih hambar… dimana semangat mujahidah…?

Persoalan bakal terjawab…

***

“dipersilakan… Shoutul Harokah yang akan membawakan empat buah lagu…!” Iman tersentak. Akhirnya, kumpulan nasyid yang tidak asing lagi baginya. Lagu-lagu dari kumpulan Shoutul Harakah sering sahaja dijadikan lagu tema mukhayyam khoriji yang pernah dihadirinya. Iman tidak pernah melihat rupa penyanyi Shoutul Harokah. Kacakkah mereka? Mudakah mereka? Tinggi? Pendek? Besar? Kecil?
Kelihatan lima orang lelaki menghampiri pentas.



“biar betul…macam pakcik-pakcik je..” bisik hati Iman setelah melihat lima lelaki berbaju kemeja kosong tampil diatas pentas. Lagak mereka bersahaja, langsung tidak terlihat aura rasa bangga, atau mungkin juga bongkak yang boleh terlihat jika ia artis-artis popular lain. Tidak pula mereka sibuk mengangakat tangan sambil melambai-lambai kepada para penonton. Tidak pula mereka sibuk memperkenalkan diri.

Tetapi, tanpa disangka-sangka, para penonton kelihatan bersemangat! Penonton-penonton mula bangkit, banner dan sepanduk mula berdiri. Ruang hadapan pentas ditumpahi penonton dari kerusi-kerusi bawah.
MasyaAllah… inikah dia aura Shoutul Harokah yang sering diperkatakan itu? Iman mula merasakan bahang semangat jihad mujahid-mujahidah Malaysia.


Seperti telah dirancang oleh pihak penganjur, dentuman music kumpulan nasyid yang menjadi tarikan utama itu lebih kuat berbanding artis-artis jemputan sebelumnya. Malahan getaran music itu menusuk terus kedalam jantung. Dada Iman terasa senak seketika dek getaran music yang begitu hebat. Namun dia merasa bahagia, matanya ditutup rapat. Getaran itu dinikmatinya.

“Ya Allah satukanlah aku dengan semangat jihad….” manis pula rasanya.

Lagu pertama kumpulan Shoutul Harokah berjudul dunia itu berentak lembut. Iman belum pernah mendengari lagu itu sebelumnya. Namun kali pertama mendengarnya hati Iman tertarik, seperti cinta pandang pertama. Kak Zack yang duduk di sebelah Iman turut menyanyi sama.

“Wah, hebat, sudah dihafal liriknya.” Bisik Iman


Dunia

Tebarkan salam
Dengan segenap iman
Tebarkan kebaikan
Pada semua insan

Tegakkan keadilan
Tuk bangun negri ini
Semoga kita
Jadi makhluk berarti

Dunia...
Tempat kita terus berkarya
Dunia...
Tempat kita beramal mulia

Dunia...
Tempat kita singgah semata
Dunia...
Bekal tuk di akhirat kita

Inilah saat berbuat yang terbaik
Untuk menuju kehidupan sejahtera

Penyanyi kumpulan Shoutul Harokah bukan menyanyi kosong sahaja. Sebelum memulakan nyanyiannya salah seorang penyanyinya, Hilman Rosyad Sihab, memberikan kata-kata semangat kepada penonton. Ternyata nyanyian mereka bukanlah sekadar hiburan tetapi juga merupakan sebuah seni tarbiyyah bagi para pendengarnya.

Lagu kedua kumpulan Shoutul Harokah adalah bingkai kehidupan.

“Bingkai kehidupan? Bestnyer…!” Kak Zack semakin ceria.

Iman tidak menghafal nama-nama lagu kumpulan tersebut, dia hanya mengetahui lirik sebahagian lagu-lagu kumpulan Shoutul Harokah. Tatkala music dimainkan, Iman menganjakkan badannya kehadapan. Bersemangat. Dia yakin dia tahu lirik lagu ini.

Bingkai Kehidupan

Mengharungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan


Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan
ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan


Allahu ghoyatuna
Ar Rasulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, 
Asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Al-quran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan
ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Alhamdulillah. Puas… Semangat jihad jelas terasa. Dadanya yang kesempitan itu tanpa disangka-sangka mampu melontarkan suara yang hebat. Malah Iman juga kagum, getaran suaranya yang direndahkan ke tahap base itu membuatnya berasa gagah.

“Takbir satu kali….?... Jawabnya JIHAD!!!” Hilman Rosyad seolah-olah member arahan.

“Takbir dua kali….? Jawabnya JIHAD FI SABILILLAH!!” sambungnya lagi

“Takbir tiga kali….? Jawabnya JIHAD FI SABILILLAHI ALLAHUAKBAR!!”

Iman semakin bersemangat. Ada pula task yang diberikan oleh penyanyi kumpulan hebat itu kepada penontonnya. Sepanjang empat buah lagu yang dinyanyikan oleh Shoutul Harokah mendapat sambutan yang teramatlah hebat.

Sekumpulan besar ikhwah berada di ruang hadapan pentas. Tangan mereka dihayun-hayunkan kearah pentas  laju  mengikut rentak lagu Shoutul Harokah. Iman teringat tayangan-tayangan video para pejuang Palestin yang selalu dimainkan di program-program memperingati Palestin yang suka dihadirinya. Gaya ikhwah dari Malaysia itu saling tak tumpah dengan para pejuang Palestin yang akan ke medan perang.

MasyaAllah… moga iman dan semangat jihad mereka juga sama membara.

“Palestin milik siapa….?!!” Jerit Hilman Rosyad Sihab lagi

Iman seolah-olah sudah tahu, seolah-olah soalan yang dilontarkan itu soalan bocor, tanpa teraga-agak dia terus menjawab dengan lontaran suara yang gagah.
“Milik umat Islam di SELURUH DUNIA!!!”

“Milik umat Islam di seluruh dunia!!!” Hilman Rosyad memberi jawapannya. Tepat sekali. Iman gembira..

Persembahan terus disambung, semangat terus membara…

***
Mars Kepanduan

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia


Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang


Henjakkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karena Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia

***

Gelombang Keadilan

KAN MELANGKAH KAKI DENGAN PASTI 
MENEROBOS SEGALA ONAK DURI 
GENERASI BARU YANG TELAH DINANTI 
TAK TAKUT DICACI TAK GENTAR MATI 


BAGAI GELOMBANG TERUS MENERJANG 
TUK TUMBANGKAN SEGALA KEZALIMAN 
DENGAN TULUS IKHLAS UNTUK KEADILAN 
HINGGA PERTIWI GAPAI SEJAHTERA 


TAKKAN SURUT WALAU SELANGKAH 
TAKKAN HENTI WALAU SEJENAK 
CITA KAMI HIDUP MULIA 
ATAU SYAHID MENDAPAT SYURGA 

***

Merah Saga

Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir (Allahuakbar!)


Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu


Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina


Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA

Musik lagu-lagu Shoutul Harokah punya rohnya tersendiri. Malam itu, roh itu bagai memayungi seluruh stadium itu dengan sayapnya yang lebar. Jelas terasa perbezaannya jika dibandingkan mendengar lagu Shoutul Harokah dari radio atau audio dengan mendengarnya secara langsung. Dengan lagak semangat penyanyi-penyanyi Shoutul Harokah, mimik muka mereka, gaya mereka... MasyaAllah... Memang berbeza...

Bersambung...

p/s:

Shoutul Harokah menyampaikan 8 buah lagu hari itu (jika tak silap la), 4 pada petangnya, 4 lagi pada malamnya. Maaf tak dapat nak muatkan kesemuanya...

Terdapat juga persembahan hebat dari muadz (baitul maqdis, stand up), Raihan dan beberapa artis undangan lain.

Dipendekkan cerita, memang bergegarlah Stadium Bukit Malawati malam itu…

Sunday, May 9, 2010

Viva Palestin: Jihadkah niatmu?

Bab 2



8 Mei 2010; 1.17 pm

Alhamdulillah… siap juga nota study group. Walau tak sehebat mana nota tersebut, Iman yakin dia mampu menyampaikan tajuk Hip untuk study group keesokan harinya. Semuanya berkat peluang yang diberi Allah ketika teaching dengan Dr. Hazla. Tenang fikirannya, sebuah beban telah terangkat dari bahunya.

Pantas Iman mencapai telefon bimbitnya.

“ Salam, Mas, camner ek petang ne nak pi shah Alam” tut…

“ sekarang ne takde transport. Tapi tadi Kak Seha kata kereta kak Lala ada lagi 1 space kosong. Zatel nak pergi? Dulu Mas dah pernah diberi peluang pegi dah. So takpelah Mas tak pergi kali ne, Zatel pergilah”

“ala… tak mau la gitu…taknak la sampai kita ambil peluang orang lain plak…(T.T)”

“eh betul Zatel, takpe… memang nak bagi peluang ni kat Zatel...”

“Betul nie? Thanks mas :)

Dalam rasa syukur, Iman sedih. Dalam kelembuatannya, semangat Masita memang jelas membara kiranya berdirinya dia di bawah naungan semangat jihad. Impiannya ingin sama melaung takbir bersama sahabatnya itu diganti dengan doa. Moga pengorbanan Mas memberi peluang ini kepadanya akan digantinya dengan semangat yang membara. Iman tekad untuk tidak menyiakan peluang ini. Sekali lagi, Iman sedar, dia bertuah mempunyai sahabat-sahabat yang mulia.

****

“send”

Hati iman berdebar. Dia baru sahaja menghantar mesej kepada Kak Seha tentang hajatnya untuk bersama ke perhimpunan perdana Palestin. Iman keliru, debaran hatinya pantas. Mengapa perlu dia berdebar sebegitu sekali?  Iman terbaring di atas katil. Dia masih lagi bertelekung selepas solat zohor tadi. Diletaknya Syaamil dekat dihatinya dan memeluknya dengan lembut. Syaamil Al-Quran yang berwarna coklat itu hampir dua tahun menjadi sahabatnya. Itulah warkah cinta Allah untuk hamba-hambaNya. Iman menanti reply dari Kak Seha. Dalam ketenangan itu si subconscious bercicara.

Niat

Apa niat kamu kesana? Astagfirullahalazim… Iman sedar sebahagian dari niatnya untuk ke Shah Alam itu bukanlah 100% ikhlas kerana Allah.

Maksiat?

“Perbetulkan niatmua Iman.” Iman sedar sekiranya niatnya masih lagi belum suci, peluang itu akan terbang begitu sahaja. Tambahan lagi mesej Kak Seha belum sampai lagi. Hatinya masih berdebar. “Ada masalah ke?”

Perbetulkan niat…perbetulkan niat… Syahid sebentar…

***

Iman dikejutkan dengan deringan nyaring telefon bimbitnya yang kecil itu. Terpampang nama Kak Seha dimuka telefon bimbitnya. Jantung Iman bagai disambar helang yang kelaparan. Iman terkejut seakan-akan dia bakal menerima panggilan jihad. Terus disambut panggilan tanpa teragak-agak.

“Hello Assalmualaikum Kak Seha…”

“Assalamualaikum… Zatel, Zatel nak pergi kan? Okay, kita gerak pukul 4.30 petang tau. Bawak telekung kalau perlu dan bawak sejadah sekali” Suara Kak Seha ceria. 

Iman dapat membayangkan Kak Seha yang sedang tersenyum gembira. Kak Seha turut menjadi sukarelawan pada perhimpunan malam itu. Iman rasa menyesal. Kiranya dia tahu bahawa perjumpaan pada pukul 9 pagi itu tidak memakan masa, mungkin sempat sahaja dia turut mengambil bahagian menjadi sukarelawan. “Ada hikmah disebaliknya” pujuk Iman sendirian.

Alhamdulillah dia masih diberi peluang untuk bersama di perhimpunan perdana Palestin pada malam itu. Iman melihat jam. Kira-kira ada satu jam setengah sebelum waktu untuk bergerak ke Shah Alam. Iman mengatur jadual untuk 1 jam setengah itu.

Gosok baju-Mandi-makan-ambil wuduk-solat asar-sedia

Selepas mengambil wuduk, jam menunjukkan masih ada lagi setengah jam sebelum asar. Iman menjengah facebook seperti biasa. Kadangkala malu juga memikirkan dirinya yang terlalu suka menjengah facebook.

“Facebook;Home”

Seperti biasa Iman tertarik dengan status page Akh Hilal.

“Semoga Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini berjalan dengan lancar. Saya di Jordan mendoakan. Andai di bumi Malaysia, pasti akan bersama kalian. Sesiapa yang ingin pergi, silakan. Masuk adalah PERCUMA. Program bermula pada hari ini, pukul 5.00 petang waktu Malaysia.”

“macam tau tau je aku da nak pegi…” Iman menekan butang “like” di status tersebut. 

Kagum. Itulah Hilal Asyraf, pemuda zaman ini yang semangatnya seperti pemuda ketika zaman Rasulullah. Selama ini Iman menyangka tidak ada penulis buku motivasi yang sama umur dengannya. Ternyata Iman silap. Sejak kali pertama Iman mengenali Hilal dari page nya di facebook dia sudah mencemburui pemuda itu. Rupa-rupanya bukanlah dia seorang sahaja yang mempunyai minat menjadi penulis muda, malah Akh Hilal telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan. Tidak sangka ada orang yang sebegitu hebat yang telah jauh mendahuluinya.

 Punya ilmu Al-Quran, punya bakat menulis, punya lidah yang petah dan punya pula lebih lima ribu orang yang menjadi peminatnya. Kata-katanya didengari. 

Dalam pada cemburu, tidak pula Iman membenci. Malahan, website Langit Ilahi Hilal sudah menjadi antara book mark yang ada pada browser google chrome Iman. 

Dalam pada cemburu, Iman berdoa, moga pemuda itu akan terus menjadi ikutan pemuda kini, dan juga doanya agar satu hari nanti dia juga bakal menjadi sehebat Hilal, atau mungkin lebih… 

Dalam pada cemburu juga, sempat pula Iman menjengah artikel Hilal yang berkait dengan perhimpunan perdana Palestin dengan harapan semangat jihadnya terus membara.


Deringan Sony Ericsson berkumandang lagi. Kak Seha menelefon sekali lagi. Iman melihat jam. Baru pukul 4.15 petang.

“Assalamualakum.. Zatel da siap ke?”

“eh da nak gerak dah ke? Tak sempat nak solat asar la nie”

“tu la, kitaorang da dipanggil untuk datang la.. Zatel lambat lagi ke nak siap?”

“kejap-kejap nak pakai baju nie…kejap je lagi..Kak Seha tunggu ea”

Sekejap? Iman melihat dirinya dalam cermin. Jelas sekali sekiranya waktu lain, perlu ambil masa setengah jam baginya untuk bersiap dari keadaanya sekarang. Tambahan lagi dia juga kadangkala agak mementingkan kekemasan jika dia ingin keluar. 

“Ah….! Nak pergi medan perang buat apa nak sibuk mekap”

Pantas Iman mengenakan jubah seluar berjalur kelabu itu. Mukanya disapu bedak talkum putih dan terus disarung tudung hitamnya yang lusuh itu. Kakinya disarung kasut yang selalu digunanya untuk pergi ke ward. “eh, formalnya aku malam ne..” bisik Iman. Tetapi semangat jihadnya memadamkan kesemua keinginannya untuk berhias.

“PERGI DULU…!” jerit Iman kepada housematenya

“ke mana…!” balas Izzanis

“KONSERT!!”

Konsert? Macam lagha pula bunyinya. Ah, tak mengapalah, kakinya melangkah laju mencari Kak Seha yang menunggunya.

Iman benci melambatkan perjalanan orang lain. Tetapi mana mungkin dia menyuruh Kak Seha pergi dahulu. Hujan turun dengan renyai saja menambahkan suasana dramatis yang sedang dialami gadis muda itu. Barangkali hujan rahmat.

Kak Seha muncul dengan kereta putih milik Kak Lala. Ruang kereta My Vi Kak Lala dipenuhi mujahidah-mujahidah yang ingin turut berjihad sama dengan misi rombongan ke Palestin, “break the siege”. Kak Aisyah, Kak Zack, Kak Ana, Kak Seha dan Iman. Inilah dia para mujahidah, akhawat Karisma  PPUKM yang bersemangat jihad, terus ceria sepanjang perjalanan ke stadium Bukit Malawati.

Iman sudah terbiasa, apabila turut menumpang kereta seniornya itu, sepanjang perjalanan dihidangkan dengan alunan ayat suci Al-Quran. Sesekali Kak Aisyah, Kak Zack dan Kak Ana bergurau mesra.

Dia menghabiskan masanya dalam kereta memandang ke luar tingkap. Dia masih lagi bertanya pada dirinya. Apa niatnya datang ke situ? Betulkan niat. 
“Ya Allah, tetapkanlah hati ku dalam menyusuri jalan ini. Biarlah kerana ingin redhaMu Ya Allah…”

Sesekali dipejam matanya. Hati Iman masih lagi gundah. Maksiat… Syaitan tidak pernah lelah, mereka akan tetap membisik.

“Ya Allah, jauhkan aku dari maksiat, pekakkanlah telingaku dari bisikan syaitan..”

Bersambung…