7 Mei 2010; pagi
Brrrrrrrrrr….. telefon bimbit Sony Ericsson berwarna putih itu bergetar. Ada mesej masuk lagi.
“Pembetulan! Pembetulan! Salam, urgent info, sesiapa ahli KARISMA yang berkelapangan untuk jadi sukarelawan konsert Palestin di Stadium Bukit Malawati Shah Alam pada hari sabtu 8/5 (ikhwah dan akhawat dikehendaki hadir taklimat jam 9 pagi di stadium pada hari tersebut. Sekiranya berminat, sila beri nama pada Mas selewat-lewatnya esok tengahari…chain usrah”
“Aduh! Silap tarikh ke? Hari tu cakap 8/6… patutla pelik sikit tarikh tu…” Iman bermonolog sendirian.
Hatinya rasa tercabar memikirkan jadual posting ortopediknya. "Ya Allah, tidak sangka hari ini penuh dengan pengisian perubatan."
Sebelum ini berada dalam team oncology-arthro sememangnya agak lapang. Sejak pagi tadi, selepas ward round disusuli pula kuliah “Spine” oleh bekas doctor CSL Iman, Dr. Hisam. Selepas itu Dr. Hazla pula, yang tidak pernah melakukan teaching dengan menteenya menawarkan satu sesi teaching tepat jam 11 pagi, selepas selesainya kuliah Dr. Hisam.
“Ya Allah, mintak-mintak la Dr. Hisam tak recognize muka aku and nak tanya soalan pulak… tak habis baca lagi spine ne.” Bisik hati Iman sementara jarinya pantas menulis poin penting tentang Spine Examination dari buku Ortopedik Solomon yang berwarna oren itu.
“Tak mengapa Iman, Allah sentiasa beri yang terbaik untukmu” Terdengar pula bisikan dari minda separa sedar Iman. Iman suka menggelar sahabat setianya itu Subconscious Mind. Baginya bisikan dari Subconscious tidak lain tidak bukan adalah mesej dari Allah, yang disampaikan oleh tingkap mindanya yang bernama Subconscious itu.
****
“hah you, what’s your name? You seems like you know a lot, you do it” sergah Dr Hazla.
Mungkin ada hati yang akan rasa gentar pada saat itu. Namun, seperti jodoh, setiap kali menatap wajah Dr. Hazla, hati iman kembali tenang. Sememangnya rupa Dr. Hazla menyerupai ibu iman. Hatinya tergelak kecil membayangkan dirinya yang bakal menceritakan hal itu kepada ibunya.
Pidot berunsur kebelakang. “itulah, sibuk sangat nak menolong Pidot, tak pasal-pasal kita kena buat”
Hatinya tergelak lagi mengenangkan nasibnya yang tiba-tiba disuruh melakukan Hip Examination sedangkan bab itu belum lagi dikhatamnya.
"hey, inilah dinamakan peluang! Dan peluang itu hanya datang kepada mereka yang menginginkannya. Bukankah kau inginkan ini?” bisik subconscious lagi.
Ya, hakikatnya Iman memang suka bila dapat mencuba melakukan examination dihadapan doctor. Lebih-lebih lagi jika dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Setiap pergerakan yang dilakukan membuatkan Iman rasa bahagia. Dia sedar dia bertuah mendapat peluang ini daripada Dr. Hazla yang menyerupai ibunya itu.
Teaching diteruskan lagi dengan hand examination. Banyak betul yang dipelajari oleh team Oncology pagi itu.
Hidup dalam dunia perubatan ini kadangkala membuatkan Iman lupa akan kepentingannya belajar. Pujian dari doktor, pengisian perubatan, ward round, ya semuanya membuatkan Iman rasa gembira. Namun, bagaimana pula dengan Palestin? Dalam kesibukkan dunia perubatan itu, Iman hanyut.
Dijengah lagi mesej di telefon bimbitnya yang berwarna putih itu. “nak pergi ke taknak, nak pergi ke taknak, nak pergi ke….? Taknak…? nak pergi…ke...?” seharian bergerak di ward, akhirnya syahid juga pejuang perubatan itu. Terlelap seketika sahaja. Alhamdulillah…
Selesai solat zohor, masa untuk kuliah forensic pula.
***
“Zatel kat mana? Kuliah dah start da pun…” Izzanis menelefon dari auditorium.
“kejap kejap, dah keluar bilik dah ni”
Sekali lagi hatinya kagum dengan sifat sahabatnya itu yang sememangnya mengambil berat tentang dirinya. “adakah aku akan melakukan perkara yang sama untuk izzanis satu hari nanti…”
InsyaAllah
Namun hati Iman masih memikirkan hal mesej itu tadi. Semasa dalam perjalanan ke Auditorium, hatinya beristghfar panjang. “Ya Allah berikanlah hambaMu ini kekuatan” Iman asyik terkenangkan jadualnya hari itu
Ward round- lecture- teaching- zohor- lecture- asar- maghrib-on call- sabtu; perhimpunan perdana palestin- ahad; pagi qiyam MABIT, tengahari study group; malamnya mesyuarat tanzim…
Dalam rasa kesyukuran kerana terisinya hari itu dan yang mendatang dengan begitu banyak kebaikan, terbit rasa risau. “Mampukah aku menjadi sukarelawan di konsert malam tu dengan jadual yang begitu pack, mesti penat?”
Iman memikirkan tentang nota study groupnya yang masih belum siap. Bila pula masanya untuk dia menyiapkan nota tersebut? Bukankan itu tangungjawabnya juga? Tambahan pula dia merupakan ketua study group yang terdiri dari 8 orang itu. “mungkin tak pergi kot…”
Subconscious mengetuk pintu hati Iman untuk membantu sahabatnya itu, dipaparkan padanya imej pejuang-pejuang Palestin.
“Hey! Kami yang melawan peluru Israel 24 jam sehari, 7 hari seminggu, tak pernah terfikir akan kepenatan, inikan pula kamu yang berada di bumi yang aman! Hanya hadir melambangkan sokongan pun kamu rasa tak mampu??! Mengapa kamu lemah?! Bukankah kamu dahulu yang menyanyikan lagu jihad?! Bukankah kamu dahulu yang mengatakan ingin berjihad dengan kami, ingin syahid??! Inikah sifat kamu! Dan kamu kata nak menjadi penyambung jihad mulia kami ini! Hei! Sedarlah kamu! Islam bukanlah ummat yang lemah! Allah lah yang akan hadirkan kepadamu tenaga! Bangkitlah kamu mujahidah, marilah bersama kami!!”
Iman menelan air liurnya. Astaghfirullah.. Malu pada dirinya sendiri. Bukankah aku juga mujahidah? Bukankah itu yang kulaungkan ketika Mukhayyam Khoriji selama ini? Malu….
****
“Lecture sampai pukul 6, kamu semua dah tau kan?” umum Doktor dari jabatan forensic itu. Sebelumnya telah berlalu satu jam lecture pengenalan kepada forensic. Bingit auditorium itu dengan keluhan pelajar perubatan. Kebanyakkan dari mereka sudah bersedia untuk pulang cuti hujung minggu ini. Iman tersenyum lagi. "Nampaknya tak sempatlah nak cover bed sangat..."
“Bed kamu tiada pesakit Iman, janganlah risau” bisik subconscious.
Iman lega. Dia begitu percaya pada sahabatnya itu.
Selesai lecture forensic, Iman melangkah ke surau Ibnu Sina di tingkat 2 bangunan klinikal HUKM. Hatinya kembali tenang. Namum terasa sedikit sedih kerana dia tidak berjaya memaksa fizikalnya yang telah lelah untuk solat Qabliah Asar.
“tak mengapalah, mungkin tiada rezeki nak solat Qabliah.... Mmm...Walaupun aku yakin bed takde patient, tapi kena pergi jugak ward. Nak tengok kalau ada patient baru masuk, boleh buat teaching dengan Dr. Faizal”
Selesai solat asar Iman melangkah ke ward ortopedik. Jam menunjukkan pukul 6.15 petang.
“Alhamdulillah, sempat ni.”
Selepas lebih setengah jam Iman melakukan ward round sendiriannya itu, dia lega. Memang betul kata subconscious. Walaupaun agak banyak new case petang itu, tiada satu pun bed nya yang berpenghuni. Namun, dia melajukan jarinya menyampaikan mesej pada Hanisa
“Salam, Nisa, banyak jugak la new case petang ni… kebanyakkannya bed team korang”…tut…
Tut…“Bed 24 dgn 6 ada patient tak?” ….tut…
Tut…“takde…:D”
Tut.. “thanks…”
Tak lama selepas itu, ada mesej masuk lagi
Tut…“memandangkan ada student yang kena pergi elektif posting, on call dibatalkan”
Petunjuk
Iman leka. “Ahh… pergi je lah. Tak kesahlah kalau ada orang tak pergi. Kita pergi sebab kita nak belajar. Siapa tak pergi dialah yang rugi.Itupun Dr. Faizal da janji nak buat teaching ni, nanti dia taknak buat teaching lagi macamana?”
“Iman! Are you host to God or hostage to ego?” jerkah subconscious.
Astagfirullah… sampaikah hati Iman pergi ke on call tanpa sahabat yang lain?
Apa kata Dr Faizal nanti? “awak sorang je? Mana yang lain? Hey… kalau awak boleh datang kenapa rakan lain takleh datang?"
Adakah Iman mengejar ilmu dan pujian dari doctor? Iman pernah mengalami situasi tersebut sebelum ini di posting surgery. Nauzubillah, rasa bersalah mengcengkam hatinya. Adakah ini sifat mu wahai mujahidah? Mengejar ilmu dunia dan merosakkan persahabatan? Biarlah dimarah bersama daripada dipuji sendirian.
***
“apa tu Zatel?” sergah Hafizuddin. “Borang nak jadi AJK surau…”
“Oooo… Mana Kak Ros ne, cepatlah bukak… Kak Rosss…..!” Hafizuddin menjenguk lagi kedai fotostat kak Ros, tanpa membuang masa dia terus berlalu pergi.
Pintu terbuka “Hah! Siapa tadi.. da bukak da ni” Iman ketawa kecil. Ingin sahaja dia menjerit memanggil Hafizuddin yang mungkin tidak jauh dari situ. “hei, jangan sangat, buat malu je!” teguran yang tepat dari sahabatnya subconscious.
Selepas selesai jual beli dengan Kak Ros, pintu kedai Kak Ros terbuka lagi.
Petunjuk
Masita dan rakan-rakannya memenuhi ruang kedai Kak Ros. Serta merta Iman diingatikan tentang hal Palestin.
“Mas, kita camner ek nak pegi? Kita ingat kita nak pergi konsert tu, tapi mungkin tak jadi volunteer kot.. bole kan? Ada transport tak?” Iman bertanya terus pada Mas.
Dia terpaksa melakukan keputusan itu kerana memikirkan study group keesokkan harinya. Hatinya tersentuh selepas disergah pejuang Palestin dari sahabat subconsciousnya petang tadi. Namun tidak dapat dinafikan, dia juga lemah, masih merasa terikat dengan tangunggjawabnya dengan study group.
“boleh boleh.. ada transport. Boleh je” Sambut Mas dengan lembut dan yakin. Mas memang penuh dengan karisma. Sesuai benarlah dengan jawatannya dalam tanzim KARISMA. Iman lega peluangnya untuk ke Perhimpunan Perdana Palestin masih terbuka.
****
Ternyata, ada rahsia disebalik terbatalnya oncall malam itu….
“jom buat curhat session…” Rahmah seakan-akan menyorok dibelakang pintu biliknya. Malu.
Alhamdulillah… Mulia dan berani sungguh sahabat Iman itu. Rahmah sememangnya mementingkan ukhwah dalam persahabatan. Dia juga begitu sensitif dengan isu-isu yang melibatkan jalinan ukhwah antara mereka berempat. Iman merasa syukur punya sahabat yang sentiasa menjaga ukhwah mereka berempat.
***Curhat session***
Sesi curahan hati yang disangka Rahmah dipenuhi dengan tangisan kesedaran dan kasih sayang rupa-rupanya berakhir dengan hilai tawa yang lebih nikmat lagi bagi tiga sahabat itu. Rahmah, Izzanis dan Iman yakin, ukhwah mereka akan lebih kuat lagi selepas sesi curahan hati malam itu. Walaupun Mardhiah tiada bersama mereka untuk melengkapkan sesi curahan hati, mereka yakin bahawa usaha mereka berempat akan merubah suasana di bilik D1101 akan berjaya.
Namun Iman sedikit gusar...
bersambung
2 comments:
salam...
menarik2...
walaupun kisah benar..
tapi sgt mengasyikkan bila baca..
teruskan menyambung cerpen ni tau..
chaiyok2 zatel..
tapi xle lawan anis oooo...heheh..
Post a Comment