Thursday, February 17, 2011

Apa Dalam Hati, Zahir Dalam "fb"

Anda adalah apa status anda

Sudah berulang kali saya buat status di facebook “mind your status”, “jangan letak status mengarut dan bersifat personal”, “jangan gunakan status facebook sebagai tempat untuk mengutuk atau menghina orang lain”, “jangan merosakkan minda orang lain dengan status teruk anda”…. Lebih kurang macam tu lah… saya pernah “berkabung” dengan tidak menyentuh butang “home” selama beberapa bulan kerana kesal yang teramat sangat dengan keadaan status-status di fb. Sekarang ini pun, saya jarang sekali tekan butang “home”. Tapi sekarang ni, bile Yahoo.mail dah sambung dengan fb, tak dapat elak pulak dari TER-baca status di fb. Kadang-kadang tu tension jugaklah…

Lah? Kenapa sampai begitu sekali? Mana taknya? Apa yang ada di status anda, itulah apa yang bermain dalam kotak minda anda yang kecil itu! Jadi, jika anda terus meletakkan status yang bersifat “kecil” maka ketahuilah, kecillah minda anda, dan jika minda kecil maka hati itu pun kecil. Apa yang dikatakan dengan ‘hati yang kecil’. Orang yang hati kecil ini adalah orang yang cukup sensitive, pemarah, tak boleh ditegur, berfikiran sempit, tidak mahu membangun dan bermacam-macam lagilah! Sebagai daie, Nauzubillah, kita cuba sedaya upaya jangan menjadi orang yang berhati kecil. Daie, perlu berhati BESAR. Orang yang berhati besar, mereka sering melihat setiap situasi dari bird’s eye view, dan view yang paling besar sekali adalah apabila mereka melihat setiap situasi itu dari pandangan akhirat. Itulah daie, orang-orang yang berjiwa besar, yang banyak mengingati Allah dan banyak mengingati mati. Hatinya tiada masa untuk memikirkan hal-hal kecil tentang perasaan.



Jadilah orang yang berhati besar, yang hatinya tidak mudah renyuk hanya disebabkan hal remeh temeh. Selagi umat islam masih lagi berhati kecil, selagi para daie itu sendiri masih berhati kecil, Islam tidak mungkin akan dapat tegak  di muka bumi. Mengapa? Kerana hati mereka yang begitu ‘kaya dengan perasaan’ cukup mudah untuk teralih dengan hal remeh temeh. Jika hati kita besar, kita akan mampu menampung segala perasaan yang tak sepatutnya dan membuat keputusan berdasarkan keperluan dan hukumnya bukan atas sebab perasaan semata-mata.

Manusia pada zaman kita ini kaya…. Kaya dengan perasaan. Bila kaya dengan perasaan, perasaan sering mengaburkan mata hati kita kepada apa yang lebih penting. Kita sering membuat keputusan berdasarkan perasaan berbanding dengan apa yang sepatutnya. Apakah aula kita atau prioriti kita sebagai hamba Allah, dan sebagai daie? kepentingan ummah seharunsya melebihi kepentingan sendiri.

STATUS SEORANG DAIE?

Bercakap tentang status lagi sekali, saya ingin mengingatkan buat kali keberapa entah, please mind your status, lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang daie. Kita fikir, alah, “status je, apa nak kecoh?” Sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian, perkara yang kecil itulah personaliti kita. Perkara BESAR yang kita buat dalam hidup kita, pencapaian kita, kejayaan kita,dan kebanyakkan perkara baik yang kita lakukan selalunya semua itu berlaku atas dasar usaha,  mungkin juga kerana galakkan atau persekitaran. Apa yang kita selalu zahirkan tanpa ada influence dari mana-mana pihak itulah personality kita. Selalunya, benda remeh temeh inilah yang menjadi indicator kepada siapa diri kita sebenarnya. 

Kita dilihat seperti seorang yang bijak, menjaga maruah, bersopan santun, namun jika status kita tiba-tiba menzahirkan kebencian, rungutan, sesalan dan sebagainya, nampak sangat bahawa kita selama ini hanya seorang yang hipokrit! Kita jarang dapat menipu diri kita bila di facebook. Saya tak tahu mengapa, tapi itulah hakikatnya, bila manusia diberi peluang untuk mendapat perhatian dalam pada masa yang sama merasa selamat dari dilihat secara fizikal, mereka cenderung untuk “jadi diri sendiri” dan menzahirkan siapa diri mereka sebenarnya. Hati-hati! Kita mungkin bukanlah seorang yang sempurna, dan ya, mungkin dalam diri kita ada sifat-sifat yang terpesong dari 10 muwosoffat tarbiyyah, namun saya mintak, tolong tolong tolong tolongLAH jangan zahirkannya, demi kebaikan ISLAM, tolong jangan zahirkannya! Kita adalah para duat, yang tugas utamanya menjaga kesucian Islam. Kita adalah cerminan agama kita, maka jadilah seorang yang bijak! Jangan sampai kita dilihat SAMA SAHAJA seperti mereka yang tidak faham tentang Islam!

  • Jika sakit hati pada orang lain jangan letak di status, samaada tegur secara personal, atau berlapang dada
  • Jika kecewa hari ini jangan letak pada status kekecewaan, letaklah nasihat dan kata-kata semangat
  • Jika ingin menegur 1 orang yang membuat kesilapan pada diri anda, jangan menegur di status, tegurlah secara terus, keadaan ini hanya akan menyakitkan hati orang yang ditegur, bukannya memberi keinsafan. Kebarangkalian untuk orang lain salah faham juga tinggi
  • Jika tak tahu nak letak apa di status, jangan letak perkataan seperti “bosannya hari ni” “taktau nak buat apa” dan sebagainya, letaklah ayat Quran


KENAPA NAK SERIUS SANGAT NI?

Saya pernah dengar cerita (tak pasti kesahihannya) yang fb ne dipantau oleh Israel untuk membaca apa fikiran umat Islam. Jadi kalau betul,sekarang ini, mereka pasti rasa bangga atas kejayaan Ghuzwatul Fikr mereka yang telah sekian lama berleluasa. Walau tiada pihak yang sibuk memantau pun, ketahuilah Allah Maha Melihat. Setiap yang kita zahirkan di status kita, apakah implikasinya pada Islam? Bukankah beratus-ratus orang membaca status kita? Jika kita berjaya membawa kebaikan pada status kita, itu kita akan dapat share pahala, dan jika kita menzahirkan keburukan, kita akan mendapat dosa. Perkara yang mudah, dan perkara yang kita sudah sedia maklum, tapi mengapa masih lagi ada yang mudah benar tertipu dengan bisikan syaitan dan masih lagi menzahirkan status yang langsung tak membangunkan orang lain?

 Mesti anda rasa, hek eleh, kecoh giler minah ne, status fb pun nak buat jadi isu. Bukan apa, langkah untuk merubah diri kita bermula dari hati kita. Jika benda remeh seperti status di fb pun masih lagi tak boleh ubah, macamana nak ubah benda lain? Apa dalam hati kita, itulah yang kita zahirkan secara spontan, dan jika apa dalam hati kita tu hanya kisah tentang diri kita, nampak sangatlah kita ni orang yang berhati kecil, nampak masalah diri je, masalah orang lain tak pernah fikir, masalah ummah tak pernah fikir. Sebelum renew status, ingatlah!

setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Jadi, perbetulkan niat, ingat tujuan utama kita sebagai seorang muslim dan gunakanlah apa sahaja yang ada di sekeliling kita sebagai wasilah untuk kita berdakwah. Mudah-mudahan kita menjadi qudwah hasanah kepada orang lain. Janganlah kita pula menjadi pembawa keburukan dalam masa yang sama mencemarkan imej islam itu sendiri. Janganlah kerana ingin mengikut trend atau ingin mendapat perhatian, suka orang “like” atau comment.


3 comments:

Fiqh Perubatan said...

like =)

fUyUki said...

like!

btul3. sbab semua, semuaaa amalan kita Allah nilai sebenarnya. be it small or big. bnyk lagi perkara yg lebih besa dan penting tp kita fokuskan kpd prkara kecik dan sia2.. bukan dpt pahala, boleh membazirkan masa org lain pulak, dan menggalakkan org berbual perkara tk berfaedah.
hmm.. tu lah, tp kdg2 terbuat jugak -_-".
suka ayat kak zatil, hati besar, bird's eye view.

p/s: comment sebelum ni lpe nak logout.. jd delete ye ;)

Hijrah Humairah said...

alhamdulillah..ana suka membacanya...input yg menarik..nampak ianya isu kecil tetapi hakikatnya ia membawa suatu pandgn yang besar...hati besar tidk memerlukan badan atau pengaruh yg besar..cukup dgn pemikiran yg besar dan tindkn yng mebri faedah pada org lain..wallahu alam..salam ziarah...